๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐๐)
Tertonton filem ini sebab ada Dakota Fanning zaman kanak-kanak dia. Ya ampunn..Best betul watak yang dia bawakan kat sini! Tak pernah mengecewakan lakonannya! Walaupun filem ini dah lama dengan genre Psikologi Misteri, ia tetap memberi kejutan dari segi sub-plot dan twistnya..dari awal filem dah melekat kerana rasa ingin tahu apakah yang akan terjadi seterus dan seterusnya!
Naahh tentang apa ya filem ๐๐๐๐ ๐๐ฃ๐ ๐๐๐๐ ini??
Siapa sangka kebahagian yang dimiliki oleh Emily (Dakota Fanning) bersama ibu dan ayahnya (Amy Irving/Robert Deniro) bertukar menjadi mimpi terburuk yang nyata dan penuh tragis setelah ibunya mati membunuh diri tanpa sebab yang diketahuinya.
Setelah kejadian itu, Emily menjadi murung. Untuk mengubati rasa trauma Emily, ayahnya David yang merupakan seorang pakar psikologi membawa Emily berpindah ke luar bandar.
Klimaks bermula apabila Emily telah berjumpa dengan kawan baru yang bernama CHARLIE di dalam hutan berdekatan tempat tinggal baru mereka. Kemana sahaja Emily ada, disitu ada Charlie..namun ada sesuatu yang tidak kena dengan Emily sejak berkawan dengan Charlie.
Personaliti dan tingkahlaku Emily berubah dan ini cukup membimbangkan David. Situasi semakin tegang dan rumit apabila satu demi satu kejadian aneh dan misteri mula terjadi di sekeliling David dan Emily.
Siapakah Charlie ini sebenarnya?? Adakah Charlie ini manusia atau roh makhluk hutan yang berdendam??
Twistnya memang tidak jangkakan..mula-mula dah suspek si polan ini..salah lagi..suspek pula si polan ituโฆeh!! Salah lagi!! Misteri dan suspen sungguh!
Be the first to leave a review.