๐Ÿฒ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐—ช (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿณ)

๐Ÿฒ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—ข๐—ช (๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿญ๐Ÿณ)

-๐—•๐—˜๐—ฅ๐——๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ-

“Terperangkap dan tersesat selama 8 hari di Pergunungan Salji Sierra Nevada, berjuang antara hidup dan mati. Terpaksa berhadapan dengan kuasa alam, kelaparan, hipotermia, dehidrasi, kesejukan dan akhirnya kehilangan kedua-dua kakinya akibat “Frostbite”.”

Mengisahkan tentang Eric LeMarque (Josh Hartnett) merupakan bekas pemain hoki Olimpik yang kemudiannya ketagihan dengan dadah jenis methamphetamine. Dan filem ini juga mengfokuskan bagaimana dia boleh terjebak dengan situasi sedemikian sehinggalah peristiwa tragis ini telah mengubah hidupnya secara drastik.

Untuk mencari ketenangan jiwa setelah berdepan konflik dengan ibunya, Eric memilih Pergunungan Salji Sierra Nevada di California untuk menghabiskan masanya bermain papan luncur salji.

Tidak berapa lama kemudian, menara kawalan keselamatan pergunungan Sierra Nevada mendapat laporan cuaca yang ribut salji bakal melanda sekejap lagi. Eric yang ketika itu masih berada lingkaran kawasan selamat tiba-tiba tidak jadi kembali dan membuat keputusan untuk membuat satu pusingan lagi.

Saat dia sedang leka dan meluncur makin jauh, cuaca buruk mula tiba. Dan ketika ini, ruang udara pergunungan tersebut juga telah mula diselaputi dengan kabus tebal dan ini menyukarkan Eric untuk mencari jalan keluar. Semakin dia berjalan, semakin dia terkandas jauh sehingga malam tiba dia masih lagi tidak jumpa jalan keluar.

Nasib malangnya tidak terhenti disitu sahaja, satu persatu kejadian buruk menimpanya, dari sehari ke hari seterusnya..saat ini dia sedar tiada siapapun yang akan datang untuk menyelamatkannya. Apakah yang Eric akan lakukan seterusnya bagi memastikan dia tidak akan mati sia-sia disitu sahaja?

 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top