Di sebuah restoran, seorang wanita bernama Cathy duduk sambil menjamah makanan tengaharinya. Dia tidak menyedari bahawa seorang lelaki bernama Lewis sedang memerhatinya dengan penuh tekun.
Setelah siap, Cathy bangun dan memandu keretanya ke gim untuk latihan yoganya. Lewis mengekorinya dan memberhentikan keretanya di samping kereta Cathy setelah dia masuk ke studio gim.
Apabila Cathy selesai menjalani kelas yoga, Lewis muncul dan mengacu pistol ke arahnya dan mengikatnya sebelum menutup mulutnya dengan pita.
Cathy dipaksa masuk ke dalam but kereta sebelum dipandu ke sebuah rumah banglo mewah terpencil.
Di sana, Cathy dimasukkan ke dalam sebuah bilik yang dialas dengan lapikan tebal di bawah rumah berukuran 10 X 10 kaki.
Lewis menerangkan kepada Cathy bahawa dinding dan siling bilik tersebut mempunyai ketebalan 4 kaki dan kalis bunyi.
Apabila Lewis bertanya namanya, Cathy menjerit tetapi tidak kedengaran dari luar.
Lewis memberitahu Cathy dia tidak menculiknya untuk membunuh atau memperkosanya mahupun wang ganjaran tetapi kerana dia dan Cathy mempunyai satu perkara yang belum selesai.
Lewis terus menyoal Cathy mengenai masa silamnya tetapi menuduhnya menipu apabila Cathy memberitahunya kerana Cathy sering menukar butir-butir kecil sejarah hidupnya.
Apakah sebenarnya yang dituntut oleh Lewis dari Cathy?
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}