100 Feet

100 feet
Seorang wanita, Marnie Wilson ditangkap pihak polis kerana membunuh suaminya, Mike yang seringkali memukulnya.
Disebabkan beliau membunuh kerana membela diri, pihak polis memutus untuk meletak Marnie dalam tahanan rumah sehingga kesnya disebut di mahkamah.
 
Marnie dipandu pulang semula ke rumah oleh rakan setugas Mike, Lou Shanks.
 
Setiba mereka di rumah, pergelangan kaki Marnie dipasang dengan peranti pemantauan elektronik (EMD atau Eletronic Monitoring Device)
Marnie diberitahu dia tidak boleh bergerak sejauh 100 kaki dari alat pengesan yang terletak di ruang tamu kerana jika dia berbuat demikian, alat penggera akan berbunyi.
 
Jika ia berbunyi lebih dari tiga minit, pihak polis akan dimaklumkan dan mereka akan datang ke rumah.
Keesokkan malam, sedang Marnie cuba melelapkan mata di bilik tidur, roh suaminya tiba-tiba muncul di depannya.
 
Dalam keadaan takut, dia melarikan diri dari bilik tersebut tetapi ditolak dengan kuat oleh roh suaminya sehingga terjatuh di tangga rumah.
 
Walaupun cedera, Marnie berjaya keluar dari pintu depan rumahnya menyebabkan alat penggera diaktifkan.
Lou yang kemudian bergegas ke rumah Marnie mendapati beliau tidak sedar diri di luar rumah.
 
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top