1408

1408
Rating: 7.9/10
Mike adalah seorang penulis novel seram. Sejak semakin berjaya dalam karya yang ditulis, Mike sudah kurang percaya akan kisah seram yang diakui benar-benar berlaku. Baginya, kebanyakan kisah seram adalah direka-reka, tidak kurang ada yang mitos.
 
Suatu hari, ketika Mike membaca semua surat-surat yang diberikan kepadanya, Mike tertarik pada satu poskad Dolphin Hotel dan perhatian Mike lebih tertumpu pada tulisan di belakang poskad itu.

“Don’t enter 1408.”

Menganggap sebagai satu cabaran, Mike langsung menghubungkan hotel berkenaan. Meskipun bersungguh ditegah oleh pengurus hotel tersebut, Mike tekad ingin menginap di bilik 1408.
 
Kurang sejam berada di bilik itu, Mike sudah diganggu dengan radio yang tiba-tiba sahaja terpasang. Aneh. Setiap waktu berada di bilik itu penuh keanehan yang mampu membuat bulu roma merinding. Ada sesuatu di bilik 1408 yang seakan sengaja ingin bermain emosi dengan Mike. Tiada jalan keluar lagi setelah memasuki bilik tersebut. Yang tinggal adalah pilihan bagi Mike. Sama ada dibunuh atau membunuh diri.
 
.
1408 adalah salah satu karya daripada penulis terkenal iaitu Stephen King. Bagi yang menggemari filem-filem berdasarkan karya Stephen King, 1408 adalah filem yang wajib ditonton. Bukan sekadar seram biasa tetapi seram yang memerlukan penonton bermain dengan minda.
Stephen King membawa anda merasai bagaimana merasai kewujudan sesuatu yang tidak pernah bermain di fikiran anda.
 
Kredit: FATIN H.
#1408
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top