1BR (2019)

1BR (2019)

Ramai yang suka kalau dapat tinggal di satu kejiranan yang prihatin, tolong menolong, pembersih, rasa selamat…betul tak?. Tapi, yang dapat jiran menyakitkan hati pun ada juga, nak bergaduh tak tenteram rasa. Balik rumah kunci pintu buat hal sendiri lebih baik.

Sarah, merajuk dengan bapanya memilih untuk keluar dari rumah dan hidup berdikari. Langkah pertama adalah mencari kerja sambilan sambil menyiapkan projek khusus dalam bidang fesyen. Dia akhirnya memperolehi pekerjaan sambilan di sebuah pejabat. Langkah kedua, mencari sebuah tempat tinggal yang selamat memandangkan dirinya bersendirian di tempat baru.

Iklan kekosongan di sebuah apartment satu bilik menarik minatnya. Sewaktu dia pergi melihat apartment dan sekitar kejiranan itu dia tertarik dengan keadaan disana. Malangnya, hanya sebuah rumah saja yang kosong. Dia diminta mengisi borang dan menunggu dihubungi sekiranya layak.

Dia dihubungi oleh Jerry, pengerusi persatuan penduduk (macam JKKK kot) disitu. Seronok Sarah, sebab penduduk disitu semua baik belaka terutama sekali Brian yang tampan dan Edi, seorang wanita tua yang peramah. Tetapi, malam pertama, tidurnya diganggu oleh bunyi bising yang entah dari mana datangnya, seolah olah bunyi paip bergegar. Dia tidak dapat tidur lena dan pekerjaan hariannya mula terganggu.

Pada suatu hari dia mendapat surat ugutan dari salah seorang jirannya…salah si Sarah ni juga membela kucing. Sebenarnya telah ditetapkan, tiada haiwan peliharaan dibenarkan. Tapi, Sarah ni sorok-sorok bela…aissh macam mana mereka tahu ni. Bab ni bikin suspen sikit.

Satu malam, Sarah terjaga dari tidur, rumahnya berasap dan berbau hangit. Dia kedapur melihat ovennya menyala. Bila dia buka pintu oven, jeng!jeng!jeng …kucingnya dibakar hangus didalamnya dan dia tiba-tiba diserang ..

Lalu, apa yang berlaku pada Sarah?.. Kejiranan apartmen yang kelihatan membahagiakan ini menyimpan satu rahsia gelap yang menakutkan pada setiap penghuninya…

1BR merujuk kepada listing kediaman yang dinyatakan dalam iklan “Real Estate” iaitu 1 bedroom. Atau kediaman 1 bilik.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top