21 Bridges

21 Bridges
THRILLER – 2019
 
Andre, pegawai polis New York kehilangan ayahnya pada umur 13 tahun setelah ditembak semasa menjalankan tugas.
 
Apabila dia menjadi polis, Andre lebih menumpukan perhatian terhadap memburu para penjenayah yang membunuh pegawai polis.
 
Pada suatu malam, dua bekas perajurit perang, Ray dan Michael menyerang sebuah kedai arak yang merupakan tempat pengedaran kokain.
Berhasrat untuk mengambil beberapa kampit kecil dadah tersebut, mereka terkejut apabila menjumpai jumlah dadah yang hampir mengisi dua beg pakaian.
 
Sejurus kemudian, beberapa pegawai polis tiba di kedai tersebut walaupun tiada penggera amaran diaktifkan.
Mereka terlibat dalam berbalas-balas tembakan sehinggakan semua pegawai polis mati sebelum melarikan diri dengan berkilo-kilo dadah kokain tersebut.
 
Kejadian ini menarik perhatian Andre dan rakannya, Frankie.
 
Pihak FBI cuba untuk mengambil-alih kes siasatan mereka tetapi dihalang oleh Datuk Bandar.
Andre mengarahkan Manhattan ditutup selama 24 jam dan semua 21 jambatan keluar disekat untuk mengepung kedua-dua pembunuh polis itu di bandar tersebut.
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top