30 days of night

30 days of night
Filem ini mengambil tempat di bandar Barrow, Alaska yang terletak 320 batu di utara Garisan Artik.
 
Penduduk Barrow sedang bersiap sedia untuk 30 Days of Night iaitu fenomena malam khutub di mana Barrow tidak akan menerima cahaya matahari sepanjang satu bulan pada musim salju.
 
Pada suatu malam, seorang yang tidak dikenali mendarat di pesisiran pantai Barrow dari kapal yang berlabuh di tengah laut dan mula merosakkan segala peralatan komunikasi dan kesemua jalan masuk ke Barrow dari dunia luar.
 
Sherif Barrow, Eben Oleson mula menjalankan siasatan apabila mendapati bekas isterinya, Stella, telah ketinggalan penerbangan terakhir keluar dari Barrow menyebabkan beliau terpaksa tinggal sebulan lagi di bandar tersebut.
 
Satu kumpulan mendarat di Barrow melalui perahu dan diketuai oleh Marlow, mula membunuh penduduk-penduduk Barrow. Mereka merobek dan menyiat tubuh mangsa-mangsa mereka dengan ganas.
 
Yang anehnya, mereka tidak cedera atau mati walaupun ditembak berkali-kali.
 
Eben membawa Stella serta adiknya, Jake bersama beberapa penduduk lain yang tinggal untuk menyorok di sebuah rumah yang mempunyai loteng tersembunyi.
 
Dapatkah Eben dan penduduk-penduduk Barrow mengharungi serangan-serangan ganas kumpulan Marlow?
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top