Berdasarkan dari kisah benar – 2 March, 1998 ..Natascha Kampusch berumur 10 tahun telah diculik ketika dalam perjalanan ke sekolah. Jadinya filem ini adalah catatan harian yang dilalui olehnya sepanjang 3096 hari atau 8 tahun menjadi tebusan lelaki jahanam itu. Penculiknya bernama Wolfgang Priklopit, berusia 35 tahun, seorang juruteknik telekomunikasi. Lelaki jahanam ini dilihat tidak suka bersosial, agak nerd dan hidupnya hanya ada ibu yang suka berleter seolah semua benda mesti teratur.
Sebenarnya pada pagi penculikan itu, ada seorang saksi melihat dan membuat laporan tentang van putih yang digunakan Wolfgang. Polis dah datang kerumah, tapi sayang tidak dapat mengesan Natascha. Dia mengurung Natascha disebuah bilik bawah tanah yang dilengkapi dengan tandas, singki dan sistem ventilasi. Kemudian ada pintu kedap bunyi. Dia tidak benarkan Natascha keluar dari situ. Wolfgang membasuh otaknya dengan perkataan “Obey Me”. Kalau degil, dia tidak diberikan makanan.
Semasa umurnya 14 tahun, dia datang haid buat kali pertama. Natascha merayu supaya dia dibenarkan mandi, barulah Wolfgang membawa dia naik ke tingkat atas untuk mandi. Tetapi lepas tu, dia buat Natascha macam hamba abdi. Suruh buat kerja berat membina bilik tambahan dengan separuh bogel. Kemudian, dia mula merogol gadis malang itu. Bila ibunya jumpa rambut perang pada sweaternya, dia bertindak membotakkan rambut Natasya.
Sengaja Wolfgang menimbulkan “Syndrome Stokholm” dalam diri Natascha. Wolfgang menukarkan namanya kepada Vivi, memberitahu dirinya adalah miliknya sahaja….ada masa dia baik, silap sikit dia pukul. Dan ini semua dilalui oleh Natascha dengan keperitan. Pada suatu hari, dia mengurung Natascha di bawah saluran paip kononnya nak bergurau. Natascha yang bengang telah menumbuk mukanya berkali-kali. Masa ni Natascha tahu, dia mampu melawan Wolfgang.
Selama 8 tahun, akhirnya kesempatan untuk keluar dari penderitaan ini tiba juga..
“It’s clear, at the end only one of us will survive. And it’s me not you”
#makcikreview
Be the first to leave a review.