Katanya filem diinspirasikan dari kisah benar satu keluarga yang berpindah ke sebuah apartment berhantu yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Madrid. Tahun 1972, 2 orang kanak-kanak telah menemui mayat seorang wanita tua di tingkat 3 sebuah apartment. Wanita itu merupakan pemilik keseluruhan ruangan apartment di tingkat 3, yang mempunyai 2 buah rumah dengan pintu yang berhadapan sesama sendiri.
4 tahun selepas itu, keluarga Olmedo yang terdiri dari Monalo (suami), Candela (isteri), Pepe (anak lelaki sulung), Amporo (anak perempuan kedua), Rafael (anak lelaki bungsu) dan Fermin (datuk yang sakit) berpindah dari kawasan desa ke tingkat 3 apartment ini. Monalo seorang pemilik ladang telah menjual semua tanah yang ada di desa untuk membayar wang pendahuluan pembelian apartment itu dengan sebuah bank. Dia dan isterinya mahu memulakan hidup baru dengan bekerja di bandar.
Ruang apartment itu cukup luas dan berbaloi buat mereka sekeluarga. Tetapi, ada sesuatu yang “gelap” berada di dalam rumah tersebut yang dirasai pada hari pertama mereka berpindah. Rafael, si kecil yang berusia 5 tahun asyik mengomel bersendirian dan katanya ada nenek yang berbual dengannya. Manakala si datuk, asyik menunjukkan kerusi goyang yang terletak ditingkap seolah diduduki oleh seseorang. Pepe pula melihat kelibat seorang gadis di tingkap berhadapan biliknya. Gadis itu menulis nota “Clara” dan menyelitkannya di ampaian baju.
Bagusnya filem ni..ia tak tunggu lama untuk menunjukkan “keseramannya”. Rafael tiba-tiba hilang ketika berada di bawah jagaan Amporo. Laporan polis dibuat, dan usaha mencarinya dijalankan tetapi gagal. Amporo menjawab panggilan telefon yang dibuat oleh Rafael, katanya dia berada di rumah hadapan mereka bersama seorang nenek. Peliknya nenek, sepatutnya dipanggil “her” bukan him. Penduduk lama di apartment itu mengatakan yang rumah itu tidak pernah dimasuki oleh sesiapa dan berkunci. Amporo histeria ketika berada dirumah itu.
Dan suatu ketika, gangguan sudah pun mencapai kemuncaknya sehingga mereka sekeluarga terpaksa lari keluar dari rumah dan menyewa motel buat sementara. Kasihan mereka, Monalo dan Candela ke bank untuk membatalkan perjanjian pembelian rumah tetapi gagal. Sapalah nak percaya hantu dalam rumahkan?. Candela akhirnya menemui seorang psikik dan meminta bantuannya menghalau hantu. Manakala Amporo menemui nama dan alamat penghuni apartment sebelum ini dari sebuah diari dan mencarinya.
Rupanya ada rahsia hitam di apartment tersebut. Begitulah, apabila semasa hidup keinginannya begitu mustahil untuk dicapai, dah mati, roh jadi tak tenteram pula, hak orang nak dijadikan haknya pula. Kan tak betul tu. Bak kata Apek Madu 3, “hidup susah mati pulak pegang bendela”.
Best ke filem ni?…bagi makcik bestlah. sebab filem ni straight forward, tak ada pusing-pusing. Kenapa dan mengapa, hantu wanita tua tu culik Rafael dan kemudian melepaskannya, ok yang tu ada twist di babak akhir. Memang terperanjat le bila dapat tahu hal yang sebenarnya.
Be the first to leave a review.