44 Hari Bangkitnya Pocong (2021)
“Kerana Nasi Kangkang, mati jadi POCONG pun tidak tenang..!”
Menurut sumber kejadian seperti ini benar-benar pernah berlaku di Johor. Pocong itu mengganggu penduduk kampung selama 100 hari dan ini berpunca dari si arwah isteri memberi suaminya makan nasi kangkang semasa hidupnya.
Sebagai muslim, kita percaya bahawa POCONG itu bukanlah jelmaan dari orang yang telah meninggal dunia melainkan ia adalah jelmaan dari makhluk halus, jin dan apa-apa sahaja yang seangkatannya.
Berbalik kepada Telemovie “44 Hari Bangkitnya Pocong” lakonan hebat dan cukup memberi kesan dari Ellie Suriaty, Kodi Rasheed, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah dan Raja Shahiran.
Kita sudah biasa disuguhkan dan cukup sinonim dengan banyak cerita seram yang berkisarkan amalan ilmu sihir terutamanya dan mungkin telemovie ini bukanlah sesuatu yang “Rare” lagi..
Namun sebagai peminat genre seram, telemovie ini cukup menarik dan yang paling penting adalah moral serta mesej-mesej yang hendak disampaikan bagaimana perbuatan TERKUTUK yang tidak dapat dimaafkan, masyarakat yang suka jaga tepi kain dan mengaibkan jiran tetangga mereka dan manusia-manusia yang hipokrit yang sememangya wujud dalam masyarakat kita.
Apa yang paling “WOW” dalam kisah ini, dandanan dan efek POCONG tersebut kelihatan begitu MENGERIKAN dan MENYERAMKAN! Sungguh!! Rasa kagum! Jalan ceritanya juga menarik dan sesuai untuk tontonan sekeluarga. Cubalah layan waktu malam, malap dan sunyi sepi..pasti akan ada yang terkena “jumpscares”!
Memang berbaloi untuk ditonton..hiburan jiwa.
Be the first to leave a review.