86 – Eighty Six (2021-2022)
86 – Eighty Six” ialah siri novel ringan sci-fi Jepun yang ditulis oleh Asato Asato dan diilustrasikan oleh Shirabi dan ia telah diadaptasi sebagai anime dengan nama yang sama.
Kisah “86 – Eighty Six” berlaku di dunia masa depan di mana sebuah negara bernama Republik San Magnolia sedang berperang dengan negara jiran. Republik ini terutamanya diperintah oleh Alba, kumpulan etnik berambut perak dan bermata biru, manakala 86, sekumpulan orang berambut perang dan bermata coklat, dianggap lebih rendah kastanya dan diberikan dron robot untuk bertarung di barisan hadapan untuk berperang.
Cerita ini mengikuti perkembangan hubungan antara dua watak utama, Shinei Nouzen, yang merupakan komander 86, dan Lena, yang merupakan pengendali Alba yang bertanggungjawab untuk mengawasi 86.
Tema “86 – Eighty Six” termasuk ketidaksamaan sosial, diskriminasi, dan kesan peperangan terhadap individu dan masyarakat.
86 – Eighty Six yang diadaptasi dengan plot penceritaannya yang begitu baik sekali cukup memberi impak dengan gambaran gerak gempur di medan perang yang sangat sadis, kejam dan askar-askar yang didiskriminasi, hak mereka ditindas kerana bukan dilahirkan dikalangan bangsa yang rambut berwarna perak, mereka ini dibuang ke medan perang di barisan hadapan bagi menjadi benteng melindungi negara yang tidak selayaknya dilindungi..
Medan pertempuran yang diketuai sebuah pasukan combat Shinei Nouzen, Kapten Skuadron Spearhead yang terkenal kerana menjadi satu-satunya askar yang terselamat dalam setiap skuadron yang pernah dia sertai. Semestinya perjuangan HIDUP DAN MATI yang dipenuhi dengan saat-saat mencengkam, mendebarkan dan penuh emosi serta misteri kewujudan robot-robot hibrid/autonomi pastinya membuat para peminat anime tergamam!!
Serius..kisah anime ini benar-benar membuatkan min JATUH CINTA dengannya…rasa tak puas..cuma ada 23 episod sahaja.
Be the first to leave a review.