Barot House (2021)

barot house
Di bandar Daman, India, tinggal sebuah keluarga yang terdiri dari Amit Barot, isterinya, Bhavana, anak lelakinya yang berumur 9 tahun, Malhaar dan tiga anak perempuannya Shreya, Shruti dan Sneha.
 
Bhavana juga sedang hamil dengan anak kelima mereka.
 
Di samping itu, ibu Amit, Pramila dan adik lelaki beliau, Ajay juga tinggal bersama mereka di rumah pusaka keluarga itu.
 
Walaupun pada zahirnya, keluarga Amit nampak mesra dan bahagia namun di sebalik semua itu, Amit mengesyaki Bhavana tidak setia kepadanya dan sengaja menggunakan kenakalan Shreya untuk memulakan pertengkaran dengan isterinya.
 
Bukan itu saja, masyarakat di situ juga memandang serong terhadap Ajay yang sering bersikap bongkak kerana dia merupakan seorang bekas banduan.
 
Pada satu hari semasa perayaan Deepavali, Shreya tidak pulang ke rumah setelah bermain sorok-sorok di tanah perkuburan yang berhampiran.
Setelah melakukan pencarian cemas, mayat Shreya dijumpai di tempat tersebut.
 
Tuduhan dilemparkan terhadap jiran mereka, Anthony D’Souza yang pernah menyalahkan ahli keluarga Amit kerana menyebabkan kematian anjing kesayangannya.
 
Tetapi pihak polis juga mengesyaki Ajay berdasarkan masa silamnya di penjara dan Amit kerana memarahi Shreya.
 
Namun semasa pihak polis masih menjalankan siasatan, Shruti mati terjatuh di tangga dari tingkat atas.
 
Bhavana yang berlari masuk sempat melihat Ajay berdiri menjenguk dari atas.
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top