THE DIVINE FURY (2019)

THE DIVINE FURY (2019)

Kalau takda contest pun akak masih jugak nak berdiskusi tentang filem ni. Filem ni mendapat kritikan yg agak kronik, tak mengejutkan pun. Sebab ye memang ceritanya agak lemah, tergesa-gesa. Tapi masih ada sinar dalam naskhah ni.

Ada satu babak, Yong Hoo (hero) selamba je cekik dan tarik jatuh manusia yg tengah melekat kat tiang akibat dirasuk.

Dia punya selamba tu macam kau nak ambik buah pelam tapi buah tu tinggi sikit kau pun lompat sambil ‘grab’ buah tu supaya jatuh. Simple.

Dan ada beberapa lagi babak yg menunjukkan Yong Hoo ni tak takut pada syaitan2 ni. Tapi dia rasa geram, jengkel pada makhluk yg suka mengganggu manusia ni. Kalau pocong muncul depan Yong hoo ni akak gerenti pocong tu yg kena jerut dgn kain kafan dia sendiri.

Akak rasa elemen TAK TAKUT PADA SYAITAN ni sangat menarik dan relatable. Org kacau kita sedangkan kita tak kacau dia, sepatutnya kita marah. Bukannya takut! Tapi apakan daya. Dengar bunyi guli je kita dah berselubung bawah selimut. Termasuklah akak. Haha.

Secara keseluruhan filem ni cantik sebenarnya. Tapi mungkin pengarah agak ketandusan idea macam mana nak gilapkan lagi. Sebagai contoh, babak dalam bilik mayat tu agak laju.. Baru nak rasa berdebor dah kalut nak ke babak lain. Penonton yg baru rasa meremang ni tiber kena turunkan balik bulu roma tu utk ke babak seterusnya. Agak rushing.

Ok lah kawan2.. Sekadar pandangan kerdil dari sy.. Sesapa yg belum tengok boleh lah layan cerita pasal MMA fighter yg berkecimpung ke dunia paranormal ni.

Kredit: Nur Hela

ps: Adeke hantu sebenarnye gaisss????
😂🤣🤣

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top