A Company Man (2012)

A Company Man (2012)

.
(Thriller/Action)

Pada satu hari, dalam keadaan hujan Ra Hun bersama pengurus dia Ji Hyeong-do duduk bersembang duduk di dalam sebuah lori ais, dia bersembang tentang masa depan dia ingin menjadi seorang yang berjaya dan kaya, sambil-sambil berbual, dia ditugaskan untuk menghantar sebuah kotak masuk ke sebuah bangunan bertingkat, bangunan berkenan dikawal rapi oleh pengawal yang berjaga, namun Ra Hun dapat dilepaskan oleh pengawal berkenaan masuk ke bangunan.

.
Semasa di dalam lift dia telah bersama dua orang lelaki yang lain menuju ke tingkat atas, kotak yang dibawanya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan sehingga kedua-dua lelaki berkenaan terpaksa menutup hidungnya. Setibanya di tingkat yang dituju Ra Hun keluar dari lift, dan dua lelaki yang tadi di dalam lift tidak turun mereka naik ke tingkat atas jaraknya setingkat dari Ra Hun, dua lelaki ini adalah anggota polis khas yang ditugaskan untuk berkawal.

.
Apabila sampai atas dua anggota ini keluar dari lift, keadaan jadi pelik melihan Ra Hun yang tadinya turun di tingkat bawah sedang berada di tingkat yang sama, rupanya tingkat itu adalah kawasan larangan dimasukki oleh sesiapa, anggota polis menyapa Ra Hun, tetapi sebaliknya, apa yang berlaku Ra Hun telah menembak kedua-dua anggota berkenaan menggunakan pistol yang berselindung di dalam kotak yang di pegangnya. Dia menggunakan pistol kedap bunyi, jatuh rebah kedua-dua polis berkenaan, datang lagi anggota lain ingin membantu di aras yang sama, ditembaknya juga habis kesemua polis yang berkawal ditembaknya, Ra Hun bergegas ke sebuah bilik aras yang sama, lalu diketuknya pintu, pintu dibuka, tak sempat si tukang buka pinta itu berlari selepas melihat Ra Hun, habis ditembaknya bertalu-talu tanpa belas kasihan.

.
Ra Hun telah selesai menjalankan misinya, dia bergegas turun ke tingkat bawah melarikan di, tiba-tiba semasa di tangga, dia telah berjumpa dengan pengurusnya Ji Hyeong-do, sesuatu yang tak kena berlaku, Ra Hun telah dipukul oleh Ji Hyeong-do, dihumbannya jatuh ke bawah, lalu lehernya dipatahkan.

.
Aduhhh!!! Masa ni bila tengok rasa pelik kenapa Ji Hyeong-do buat macam tu, konfius, konfius.

.
Ji Hyeong-do sedang berjalan menuju ke officenya, berjalan menuju ke pintu kawalan, discan nya kad pengenalan akses pintu, terus berjalan ke pintu lift di bawanya naik ke atas, masuk ke dalam pintu kaca office Ji Hyeong-do telah di sapa oleh staff2 yang berkerja seolah dia adalah orang sangat penting di companynya, mostly jumpa tunduk hormat, dia berjalan melepasi meja2 office, berjalan lagi menuju ke sebuah bilik bacaan, ditariknya picu ada bilik di sebalik rak meja, dia menuju ke sebuah bilik gelap di hujungnya ada seorang perempuan duduk di sebuah meja berlampu terang atas meja, Ji Hyeong-do menyerahkan pistolnya kepada perempuan itu, perempuan itu mengambil pistol itu dilap-lap pistol itu. Sambil-sambil itu Ji Hyeong-do di sapa oleh sorang lelaki bernamaa Gwon Jong.

.
Gwon Jong adalah anak kepada pengurus syarikat besi tempat Ji Hyeong-do berkerja, bertopengkan syarikat besi keluli, yang sebenarnya syarikat berkenaan adalah agensi pembunuh upahan yang berskala besar, sehingga pihak berkuasa tidak mengetahui perjalanan agensi ini sehingga kes pembunuhan Ra Hun membawa polis menyiasat menjejaki keluarganya, Ji Hyeong-do seorang yang cekap berkerja tetapi tidak disenangi oleh Gwon Jong, pada satu hari satu keraian dibuat di satu majlis makan-makan, Ji Hyeong-do telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus, menyebabkan si Gwon Jong sangat dengki kepada Ji Hyeong-do.

.
Ji Hyeong-do ada seorang mentor Ban Ji Hun yang bersara dari dunia sama seperti Ji Hyeong-do, dia tinggal berseorangan di sebuah rumah di tepi pantai, mentor nya banyak mengajar tentang kehidupan.

.
Sejak ketiadaan Ra Hun, Ji Hyeong-do banyak kali bertemu dengan keluarga nya, ibunya Ra Hun seorang ibu tunggal bersama kakaknya Ra Hun, dia diperintahkan syarikat memberi sebilangan wang yang banyak kepada keluarga itu, rupa-rupanya ibu Ra Hun seorang bekas penyanyi kiranya seorang ex-artis lahh.

.
Pada suatu hari Ji Hyeong-do ditugaskan untuk membunuh seorang pembunuh upahan lebih berusia dari Ji Hyeong-do tetapi ingin bersara dari dunia yang penuh kejahatan, dia mempersoalkan apa yang berlaku dalam hidupnya bukan kehidupan yang sebenar, hal ini menyebabkan hati Ji Hyeong-do terjentik dan berfikir, adakah dia turut menerima nasib yang sama kelak??? Rupanya apa yang berlaku kepada Ra Hun juga telah diarahkan oleh bossnya, Ji Hyeong-do telah berjumpa dengan sasarannya tetapi ada sesuatu pelik telah berlaku.

.
Ada sepekera lagi, pihak polis secara tidak sengaja pergi berjumpa keluarga Ra Hun, dia terjumpa pulak dengan Ji Hyeong-do berjalan-jalan dengan ibu Ra Hun, hal ini menyebabkan polis muka Ji Hyeong-do ada masa Ra Hun dibunuh, macam-macam soalan keluar dari mulut polis itu, si Ji Hyeong-do pula macam mengelak-ngelak untuk berbual, apa lagi dari perjumpaan ini telah membawa polis ke tempat Ji Hyeong-do berkerja.

Jenjang!!!

Maka bermulalah pemburuan pihak polis terhadap Ji Hyeong-do dan bermulalah ketidak kepercayaan boss Ji Hyeong-do kepadannya, korang tengok jaa plot-plot twist yang tanpa diduga gaisss.

.
Korang layanlah cita best ni gaisss, passing dia nampak macam slow pada tengah-tengah citaa, tapi selepas tu banyak aksi dan passing dia jadi laju gaiss, hahahaha!!!

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top