Jenna dan Mark, pasangan suami isteri muda membeli sebidang tanah yang dikenali sebagai pekan hantu. Blackwood Falls namanya, dahulunya merupakan sebuah pekan kecil lengkap yang pernah didiami. Jadinya adalah bangunan kedai, gereja, balai sheriff, rumah kediaman dan pejabat pos. Lokasinya kira-kira 3 jam dari pekan terhampir, dengan bekalan elektrik diakses oleh sistem solar dan tanpa liputan walaupun menara pencawang telekomunikasi berada tidak jauh dari situ.
Pemilik tanah ini sebelumnya telah cuba menjadikan kawasan ini sebagai Taman Tema, jadinya ada terdapat binaan labyrinth yang dinamakan sebagai “Ghost Maze” disitu. Pada malam pertama, mereka terjaga setelah mendengar jeritan wanita entah datangnya dari mana. Malam esoknya pula, bunyi piano dari sebuah bar pada pukul 3.30 pagi.
Jadinya, Mark dah mula over seronok, dari niat nak buka tempat rekreasi ala-ala “Western Cowboy”, lagi baik buat projek “Pekan Berhantu”. Dia minta sepupunya Justin datang bawa kelengkapan perfileman termasuk drone. Nak merakam segalanya disitu dan masukkan dalam Channel Youtube mereka. Untuk itu juga, mereka mengupah seorang lelaki bernama Billy, yang pernah menjaga tanah ini dari pemilik sebelumnya.
Billy berkata, kalau nak tahu asal usul sejarah Blackwood Falls – dia boleh ke panggung wayang lama. Terdapat satu bilik yang menyimpan khazanah sejarah tempat ini. Mark menemui segulung filem super 8 dan memasangnya. Rupanya, di pekan ini pernah berlaku pembunuhan beramai-ramai, jadinya kerajaan Texas telah membakar pekan ini untuk menutup bukti dan menjadikannya bandar tinggal.
Ada hantu…ada orang yang obses nak cari duit dengan hantu…. Jenna dan Justin dah tak mahu duduk disitu. Mereka nak balik ke bandar. Tetapi Mark tak izinkan. Dia bermati-matian mempertahankan tindakannya membeli tanah tersebut dengan harga yang mahal.
Filem ni ala-ala footage…semuanya dirakam. Macam tak berapa feel hantunya, jumpscare pun macam tak terkujat je….overall, tak ada wow factor. Kata, full of ghost – tapi hantunya sekor je. Korang nak tengok, tengoklah. Tak nak tengok pun takpe.
Babai
#makcikreview
#Atownfullofghost
Be the first to leave a review.