Crime / Comedy
.
Pada satu hari Han Chi-Won seorang kontrektor binaan telah bersama-sama rakan-rakan sekerjanya menaiki sebuah kenderaan pekerja kontrektor menuju ke tapak pembinaan di tepian pantai, di situ terdapat protes ahli pencita alam berdemo supaya pihak pemerintah tempatan membatalkan projek berkenaan untuk mengelak daripada pencemaran alam dan kepupusan haiwan. Di dalam kenderaan itu ada seorang pekerja kontraktor mengalami penyakit batuk-batuk dan athma turut serta.
Sebelum mereka ramai-ramai bermula bekerja, Chi-Won siang-siang lagi dia angkat kaki tidak mahu sertai demonstrasi itu, dia duduk jauh dari kawasan.
.
Rupanya group Han Chi-Won bersama kawan-kawannya telah diupah bossnya untuk terlibat sekali untuk menyertai demonstrasi berkenaan tetapi yg peliknya ahli lain membawa senjata tumpul, mereka bergegas ke tempat perhimpunan, di depannya dipagari halangan pihak berkuasa, tiba-tiba ramai-ramai rakan-rakannya itu meluru berlari merempuh di perbatasan polis lalu mereka merusuh tak ingat dunia, keadaan tidak dapat terkawal hiruk-pikuk dibuatnya, ada yang kena pukul sana-sini, dalam suasana rusuhan itu seorang polis telah dipukul sehingga mengalami kecederaan yang teruk sekali.
.
Protes ini adalah permainan ahli politik untuk mendapatkan projek pembinaan namun telah ditentang oleh ahli green peace tempatan.
.
Kejadian pukul Polis yang menyebabkan kecederaan itu mendapat liputan luas media tempatan, dan lelaki yg memukul itu adalah pekerja kontraktor yg terlibat di dalam protes, kini lelaki itu ditahan di pejabat undang-undang kerajaan, dia disoal-siasat ahli pendakwaraya, Byun Jae-Wook seorang pendakwaraya yang hebat, dia bersuara lantang melawan korupsi termasuk boss dia jugak, selepas kejadian demonstrasi dia terlibat sekali dalam soal-siasat terhadap kes terbabit,
.
Di dalam bilik siasatan, dia menyoal tahanan lelaki tadi, dia ingin mendapatkan punca dari sumber mana lelaki itu datang, adakah dia benar-benar dari kumpulan green peace atau selain itu, lelaki itu mendakwa dia dari perseorangan tidak mewakili mana-mana pihak yang cintakan alam, namun Byun Jae-Wook berkeras mengatakan lelaki itu dari sebuah kumpulan yang telah dibayar untuk membuat kekecohan, dia arahkan lelaki itu membuka bajunya di dalam bilik tahanan, namun lelaki itu enggan, dia paksa lelaki itu dengan kemarahan, namun lelaki itu tetap berkeras tidak mahu membukanya, lalu apa lagi Byun Jae-Wook terus memukul lelaki itu dengan sekuatnya, dia menarik lelaki itu lalu menghumbannya ke dinding, lelaki tangan yang bergari itu tidak melawan, Byun Jae-Wook menarik lelaki itu menghumbannya ke atas meja, segera dia membuka baju lelaki itu dengan kedua belah tangan nya. Byun Jae-Wook menemplak bahawa mana mungkin orang bertatu kongsi gelap boleh terlibat dengan pencita alam.
.
Di satu tempat di restoran Byun Jae-Wook bersama bossnya Woo Jong-Gil dan rakan-rakan yang lain telah dijemput datang untuk minum-minum, dia dimarahi oleh bossnya kerana berlaku kekerasan terhadap tahanan dan perkara ini tidak disukai oleh Woo Jong-Gil.
.
Pada esok paginya di office Woo Jong-Gil dikejutkan oleh rakan sekerja nya kerana semalaman dia berkerja di office tidak pulang ke rumah, seterusnya dia pergi ke bilik tahanan didapati lelaki itu masih tidur kepalanya tertiarap di atas meja, dia membuka speaker yang kuat untuk mengejut lelaki itu tetapi lelaki itu tidak menunjukkan tindak balas, terbaring kaku, ditolak badannya masih kaku, Woo Jong-Gil menolak badan lelaki itu, didapatinya lelaki itu tidak bernyawa lagi. Dan kali terakhir lelaki dikunjungi hanya Woo Jong-Gil.
.
Hal menyebabkan Woo Jong-Gil dituduh membunuh lelaki itu, Woo Jong-Gil menjadi bingung sedangkan pada malam tadi lelaki itu sihat-sihat sahaja, tetapi bila dia berjumpa dengan lelaki itu mulutnya berbuih kering. Di dalam dewan bicara Jae-Wook meminta supaya Woo Jong-Gil mengaku kesalahannya, dia berjanji jika Woo Jong-Gil mengaku kesalahannya nanti dia akan mintak tolong supaya hukumannya diringankan, Woo Jong-Gil dijatuhi hukuman penjara 15 tahun lamanya. Dia terpaksa akur dengan hukuman itu.
.
Hari pertama di penjara Woo Jong-Gil telah bertemu sekumpulan banduan yang pernah dia dakwa dan dihukum dimasukkan ke dalam penjara, kebetulan pula mereka tinggal di satu bilik bersama Woo Jong-Gil. Sekumpulan banduan berkenaan tidak puas hati dengan Woo Jong-Gil dan ingin membalas dendam, mereka beramai-ramai memukul Woo Jong-Gil sehingga lunyai, kesian Woo Jong-Gil hari pertama dah kene belasah teruk, dari hari ke hari dia tinggal dengan musuh ketat nya, hampir setiap masa Woo Jong-Gil dipukul, habis lebam-lebam di mukanya.
.
Pada satu hari ada guard penjara menghadapi masalah document untuk membeli hartanah, dia saja buat pertanyaan kepada sekumpulan banduan yang ada, siapa yang tahu dan boleh tolong untuk selesaikan masalah dia, kebetulan Woo Jong-Gil memang pakar tentang perundangan dia mengangkat tangan lalu dibawanya ke bilik guard terbabit bersama seorang rakan guard, Woo Jong-Gil diberikan makanan yang sedap-sedap kerana hadiah pertolongan khidmat nasihat dia menyelesaikan masalah guard itu, disamping itu juga guard seorang lagi ada masalah lain berkaitan perundangan, Woo Jong-Gil boleh selesaikan juga, dia mintak balas jasa guard itu dengan mengeluarkan dia dari bilik yang dia tinggal ke bilik lain dalam masa yang sama banduan-banduan yg membuli Woo Jong-Gil, pak guard itu pon setuju, mereka membuat operasi khas besar-besaran ke bilik Woo Jong-Gil, habis banduan-banduan yang kaki buli dipukul oleh guard, dibawa mereka ke bilik kurungan gelap.
Adan wuka, hahahaahah!!!
.
Selepas 5 tahun berlalu Woo Jong-Gil dihukum di dalam penjara, satu keajaiban bakal berlaku apabila seorang banduan baru dimasukkan ke penjara tempat Woo Jong-Gil dihukum, banduan ini memang sempoi, lebih muda dari Jong-Gil bernama Chi-won, budak Chi-won ni dimasukkan ke dalam penjara akibat kes tipu, hukuman yang dihadapi olehnya hanya dipenjarakan 2 tahun sahaja. Chi-won ini kaki putar alam punya orang habis semua dia boleh tipu, nak dijadikan cerita pada satu hari semasa banduan-banduan duduk sambil menonton tv keluarlah satu dokumentari mengenai sekumpulan burung hang berhijrah dari Brazil ke Korea, sekumpulan burung ini terbang tidak berhenti beberapa lama sehingga sampai ke Korea baru boleh mereka berehat, penyataan fakta ini disampuk oleh Chi-Won disampaikan kepada kawan-kawan banduannya, dan didengari oleh Woo Jong-Gil lalu mengingatkan dia dengan tahanan yang dipukulnya 5 tahun lepas, Woo Jong-Gil terus ke arah Chi-Won yang tidak dikenalinya lalu mencekik Chi-Won dia bertanyakan kepada Chi-Won dari manakah dia dapatkan fakta itu???
.
Jenjegg!!! Apa yang akan berlaku selepas itu gaisss??? Bagaimana Woo Jong-Gil boleh lepaskan diri dari penjara??? Apa kaitan Chi-Won dengan burung-burung itu gaisss??? Memang pelik kannn??? hahahahaha.
.
Okaylah gais, korang layan jaaa cerita comedy crime ini, memang layan habisss, dia punya plot twist cara tersendiri, seorang banduan melawan 3 kumpulan bermasalah, ahli politik, ketua pendakwaraya dan penjenayah dari dalam penjara. Macam mana tu??? Memang Power kan??? hahahaha!!
Be the first to leave a review.