Aftermath

aftermath 2017
Filem ini berdasarkan kejadian nahas udara sebenar di mana penerbangan Bashkirian Airlines Flight 2937 dan DHL Flight 611 bertembung di udara pada 1 Julai, 2002 di bandar Überlingen, Jerman.
 
Seorang pekerja pembinaan, Roman Melnyk meninggalkan tempat kerja dengan awal untuk menyambut ketibaan isterinya, Olena dan anak perempuannya, Nadiya yang sarat mengandung dari New York melalui penerbangan AX 112.
 
Melihat ketiadaan paparan ketibaan penerbangan itu, Roman bertanya di kaunter pertanyaan dan diiringkan dengan segera ke sebuah bilik khas di lapangan terbang tersebut.
 
Di sana, dia diberitahu bahawa penerbangan AX 112 telah bertembung dengan kapalterbang kargo DH 616 di udara di mana dijangka tiada penumpang terselamat.
 
Mendengar taklimat itu, Roman terpinga-pinga terkejut seperti tidak percaya yang menyebabkan beliau pitam.
 
Setelah diberi bantuan kecemasan, Roman disuruh untuk mengikuti sesi kaunseling yang diatur oleh pihak pengurusan lapangan terbang pada malam itu juga tetapi dia menolak dan memandu pulang ke rumahnya dalam keadaan tidak keruan.
 
Setelah beberapa hari tidak meninggalkan rumahnya, Roman menonton laporan terkini di kaca televisyen yang melaporkan kesemua 271 penumpang dan anak-anak kapal terkorban dalam nahas itu.
 
Roman memandu ke tempat serpihan-serpihan kapalterbang itu jatuh dan menyamar sebagai sukarelawan untuk mencari mayat-mayat mangsa.
 
Dia menjumpai rantai leher anak perempuannya dahulu sebelum menemui mayat Nadiya tergantung di atas sebuah pohon dalam keadaan tubuhnya terpatah dua.
 
Saksikan bagaimana trauma dari tragedi ini mendorong Roman akhirnya melakukan perkara yang langsung tidak diduga dan paling mengejutkan.
 
 
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top