Filem ini mengisahkan Aqilla Hamka ( Titi Kamal) mempunyai kekasih yang dia sayang tetapi hubungan cintanya di halang oleh ibu kandungnya kerana kekasih Aqilla bukan orang senang, ibu Aqilla berpendapat CINTA saja bukan boleh mengeyangkan perut. Aqilla nekad lari dari rumah dan bernikah dengan Arfan (Krisjiana Baharudin). Bermula lah kehidupan baru Aqilla, tinggal di rumah flat , jauh berbeza dari kehidupannya sebelum ini. Tapi Aqilla bahagia. Lebih membahagiakan dia mendapati dirinya hamil, namun belum sempat dia memberitahu berita gembira tersebut kepada suaminya, suaminya meninggal dalam kemalangan jalan raya.
Saat Aqilla bersalin di hospital, ibu Aqilla datang dan tanpa meminta persetujuan dari Aqilla dia memberikan bayi lelaki Aqilla kepada
Arif (Fedi Nuril) dan Yumna (Citra Kirana) yang sudah lama menantikan zuriat. Pada Aqilla, dia bagitahu anak Aqilla meninggal dunia terbelit tali pusat, tu adalah balasan kerana Aqilla derhaka, tak dengar cakap ibu kandung . Aqilla sambung belajar di luar negara dan bayi Aqilla tinggal jauh dari Jakarta. Aqilla tidak pernah melupakan anaknya yang ‘sudah meninggal dunia’ setiap tahun dia akan menyambut hari lahir anaknya.
Rahsia terbongkar apabila ibu Aqilla nazak, sebelum meninggal dunia dia menceritakan yang anak Aqilla masih hidup. Hancur luluh hati Aqilla kerana ibunya sanggup menipunya selama 7 tahun.
Masa awal awal saya menonton filem ni, perasaan saya marah melihat sikap pentingkan diri seorang manusia yang akan buatkan banyak hati terluka. Kemudian perasaan marah itu bertukar menjadi sedih, filem yang membuatkan emosi saya kucar kacir. Emosi anak dan ibu yang disakiti dan tersakiti .
Be the first to leave a review.