Babak dimulakan dengan satu tragedi tembak menembak, Mejar Adnan dan team membawa mangsa ke sebuah ‘hangar’, bantuan perubatan diberikan oleh seorang doktor wanita. Mangsa tersebut meninggal dunia. Suasana pilu dirasai oleh semua yang ada…
Semua pihak mula meninggalkan Namburi apabila gencatan senjata berakhir, termasuklah Team Misi Kemanusiaan dari Malaysia yang terdiri dari sekumpulan Team PASKAU TUDM yang diketuai oleh Kapten Adib Rock dan Mejar Adnan Lejen, Dr Susan, Wartawan Natrah dan Jurukamera Matno. Namun, malang berlaku apabila kapal terbang yang membawa mereka telah ditembak musuh.
Kapal terbang hampir terhempas, anak-anak kapal membuat penerjunan…hanya 9 orang sahaja yang sampai ke darat. Mereka jatuh ke dalam kawasan musuh.
Babak seterusnya… lebih kepada ‘survival’ yang dilalui oleh mereka dalam usaha menyelamatkan diri untuk keluar dari Namburi. Manakala di Malaysia, satu team penyelamat telah ditubuhkan untuk membawa keluar mereka yang terperangkap. Antara yang terlibat ialah Mejar Zafran, abang ipar kepada Kapten Adib.
Bagi makcik, filem ni bagus. Jujurnya, ia ibarat gandingan Tears of The Sun (ada review makcik buat tentang filem ni) dan Top Gun (babak atas udara). Bila tonton filem perang, makcik buang jauh-jauh elemen dari Hollywood dan Bollywood yang mana tentera mesti ‘all out’ …hello!!! Tentera adalah manusia, ok. Mereka ada emosi. Dan emosi itu ditangani dengan baik dalam filem ini.
Pelakon-pelakon hebat juga – Datuk Ade Putra, Nas T, Johan A’sari, Pablo Amirul, Aiman Hakim, Sara Ali dan ramai lagi.
Sekian dari makcik..
Be the first to leave a review.