Tahukah anda? Filem horror Turki yang bertajuk “Alamet-I Kiyamet (2016)” adalah remake dari versi original Filem dan Drama “Rosemary’s Baby
(1968)”?
Sebelum ini min ingat yang Turkinya itu versi dia sendiri. Rupanya sebiji dia tiru, yang berbeza cumalah durasi, atmosphere dan peranan watak si lelaki tak guna tu.
Dalam Rosemary (lakonan Mia Farrow) lelaki itu adalah suami sah kepada Rosemary dan filem ini berdurasi 2 jam lebih. Manakala versi Turki lelaki itu dah ada isteri dan watak utama perempuan ini adalah perempuan simpanannya dan filemnya berdurasi 88 minit sahaja.
Filem Rosemary’s Baby anda boleh google dan baca sinopsis dia di Wikipedia. IMDb rating dia tinggi 8/10. Yang minat filem-filem klasik lama boleh cuba tonton.
Sekarang min nak review ALAMET-I KIYAMET (2016)
Pada tahun 1999 di Turki, merupakan tahun yang paling teruk dilanda kemarau dalam sejarah Istanbul. Juga merupakan tahun berlakunya gempa besar, gerhana matahari dan pelbagai ritual syaitan yang dilakukan. Erti kata lain ia merupakan tanda-tanda kiamat yang akan datang.
Cerita dimulakan dengan seorang lelaki berkopiah putih sedang bertekak dengan seorang lelaki misteri berbaju hitam tentang merobohkan masjid untuk dijadikan shopping mall.
Kemudian ke babak lain, Elif adalah seorang gadis muda yang menjadi perempuan simpanan kepada seorang lelaki yang dah bergelar suami orang.
Semenjak dia pindah ke apartment yang dibelikan oleh skandalnya itu, pelbagai peristiwa misteri berlaku kepadanya termasuklah mendapat jiran-jiran yang melayan Elif dengan baik sekali seolah seperti ada udang disebalik batu.
Dan suatu hari dia disahkan hamil dan sejak itu lama-kelamaan Elif menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan apartment dan jiran-jiran di sekelilingnya. Adakah Elif dan bayi dalam kandungannya akan selamat?
Review Ringkas:
Bagi pendapat min, filem ini walaupun tiada banyak elemen jumpscare tetapi unsur seram lain dan atmosphere yang digarapkan sepanjang filem ini cukup menjentik emosi kita juga sebab ada plot dan twist dan filem ini unik walaupun adalah remake dan ia penuh dengan simbolisme yang berlaku hingga ke hari ini.
Min sarankan anda untuk tonton filem ini sekiranya anda inginkan kelainan dari filem-filem seram bergenre mistik dari Turki, yang pasti ia agak berbeza dengan filem-filem dari Siccin.
Be the first to leave a review.