Sara yang baru mendapat lesen juruterbangnya, merancang untuk menghadiri konsert Coldplay di England dengan menerbangkan sendiri kapalterbang ke sana disertai rakan karibnya yang juga seorang jurugambar video, Mel dan teman lelakinya, Sal, ipar Sara, Cory dan Bruce, teman lelaki Sara.
Bruce yang gementar menaiki kapalterbang buat pertama kali mendapat usikan dan pembulian daripada penumpang-penumpang lain.
Untuk meningkatkan keyakinan dirinya, Sara mengajar Bruce bagaimana mengendali kapalterbang tersebut.
Tiba-tiba, pesawat tersebut mengalami gegaran kuat dan Bruce hilang kawalan menyebabkan kapalterbang itu melakukan pendakian yang curam.
Sara mengambil-alih pengkemudian pesawat tetapi satu skru longgar tersepit di kemudi penaik kapal menyebabkan ia tidak boleh digerakkan.
Dalam keadaan panik, Sara menerangkan sekiranya skru tersebut tidak dibuang, kapal mereka akan terus terbang ke atas sehingga minyak habis atau mereka lemas kerana tidak dapat bernafas.
Untuk merumitkan lagi keadaan, kapal mereka mula dilanda ribut petir.
Mereka mula mencampak keluar semua barang-barang berat untuk menjimat minyak tetapi usaha ini hanya akan memberi mereka penerbangan lebih sejam.
Cory yang merupakan seorang pendaki gunung yang berpengalaman mencalonkan dirinya untuk keluar dari pesawat itu dan membuang skru tersebut keluar dari kemudi pesawat itu.
Dengan bantuan Sal, Cory berjaya melakukan perkara tersebut tetapi ternampak sesungut gergasi tiba-tiba muncul dari awan hujan.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}