ANAK PERJANJIAN SYAITAN (2019)

Cikgu Zaidi dan isterinya Linda memilih untuk pulang ke kampung dan menginap dirumah pusaka almarhum neneknya. Dia berharap tindakannya itu dapat memberikan ruang dan ketenangan dalam rumahtangganya apabila mereka sering didesak oleh Puan Rahmah supaya diberikan cucu.

Tetapi, rumah pusaka itu ada sejarah seramnya tersendiri. Almarhum neneknya ada membela saka. Dipenghujung kematiannya, Zaidi sendiri melihat perkara aneh yang berlaku. Namun, dia tetap nekad memilih untuk terus menetap dirumah tersebut.

Penjaga rumah tersebut bernama Pak Man, meyakinkan mereka, tiada apa-apa lagi yang menakutkan dirumah itu. Tetapi tidak bagi Linda, dia sering diganggu oleh entiti bayi dan kanak-kanak. Dia juga diganggu mimpi-mimpi pelik. Begitu juga Zaidi, sering merasakan dirinya diperhatikan. Dalam keadaan seram-seram tu, Linda disahkan mengandung.

Memang berita gembira buat mereka berdua. Tetapi gangguan mula menjadi teruk. Linda kerap histeria dan pengsan. Zaidi cuba mencari ustaz untuk memulihkan keadaan Linda. Dia yakin ada sesuatu di rumah pusaka ini yang masih mengganggu….

Masalahnya sekarang ni, adakah rumah tu yang benar-benar berpuaka? atau ada ‘twist’ disebaliknya?

Maleh lah kalau cite hantu melayu ni…jalan cerita dah best, tapi tu lah kan nak komplen gak. Dah tahu bini tu mengandung, boleh pulak dia tinggal bini dia malam-malam, rumah pulak dengan tingkap pintu tak reti tutup. Pastu pulak ada orang lalu siap berhenti jeling jengil mata konon macam nak 🙄 amende tah, nak kata nampak hantu pun bukan. Haha, banyak pulak komplen makcik ni kan. Bak kata pakcik, “yang kau tension pasal apa, takde kau tukarlah jadi pengarah!”🤣. Aksi terkejut terkujat ada sikitlah, tak berapa menjadi sangat. Tapi scene Linda bersalin dengan berbidankan iblis tu memang 👍. Sapa yang belum tengok, bolehlah add dalam list, makcik bagi 3 bintang…

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top