Anakku Sazali

Hassan, (P. Ramlee) ialah seorang anak yatim piatu yang bekerja dengan seorang yang kaya. Orang kaya, (lakonan Malek Sutan Muda) tersebut mempunyai dua orang anak, Mansor dan Mahani. Hassan telah diusir keluar dari rumah orang kaya tersebut kerana membawa Mansor dan Mahani pergi menyaksikan persembahan keroncong. Hassan begitu meminati alunan muzik sehingga dia sanggup membelanjakan wangnya untuk membeli sebuah biola dan kemudian pergi belajar dengan seorang guru biola. Persahabatan Hassan, Mansor dan Mahani begitu erat. Apabila dewasa, Mansor (Nordin Ahmad) dihantar belajar ke Singapura sementara Mahani (Zaiton) pula hendak dikahwinkan dengan pilihan ayahnya. Hassan yang mempunyai perasaan kasih terhadap Mahani, tidak dapat menerima kenyataan itu lalu melarikan diri ke Singapura. Mahani yang juga mengasihi Hassan mengikutnya ke Singapura dan berjumpa Mansor. Mahani dan Hassan berkahwin dengan persetujuan Mansor yang sememangnya sedar tentang perhubungan adiknya dengan sahabatnya itu. Mansor juga turut berkahwin dengan seorang gadis bernama Rubiah, (Rosnani). Selepas itu Hassan meneruskan minatnya kepada muzik dan berjaya menjadi seorang ahli muzik terkenal. Hassan begitu gembira apabila Mahani mengandung anak sulung mereka.

Malangnya Mahani meninggal dunia ketika melahirkan anak lelaki yang kemudiannya dinamakan Sazali. Kasih sayang dan kepercayaan Hassan terhadap Sazali begitu tinggi sehingga menyebabkan Sazali membesar menjadi seorang yang kurang ajar dan membuat pelbagai kejahatan. Sazali juga telah menodai Rokiah, (Hashimah Yon) yang merupakan anak kepada Mansor dan Rubiah. Rokiah terlalu kecewa sehingga mengambil keputusan membunuh diri kerana dirinya sudah berbadan dua. Sazali, (P. Ramlee) mempunyai pengikut yang ramai dan menjadi seorang ketua gengster yang paling dikehendaki di Singapura. Pada suatu hari, pihak polis berjaya mengesan rompakan yang sedang dilakukan oleh kumpulan Sazali, selepas kumpulan gangster Big Boss, (Shariff Dol) memberi kerjasama dengan pihak polis tetapi Sazali dapat melepaskan diri walaupun cedera akibat ditembak polis. Dia tetap kembali ke rumah ayahnya untuk mendapatkan perlindungan. Hassan terpaksa membuat keputusan yang begitu berat bagi menebus kesilapannya di masa lalu dan terus menelefon pihak polis. Sazali akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis ketika sedang lena tidur di dalam biliknya.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top