Ankur Aurora Murder Case (2013)

Ankur Aurora Murder Case (2013)

-ππ„π‘πƒπ€π’π€π‘πŠπ€π πŠπˆπ’π€π‡ 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑-

“Bayangkan..Seorang ibu menyaksikan anak kecilnya dibawa ke bilik pembedahan namun setelah itu tidak pernah kembali lagi…πŸ₯ΊπŸ˜­”

Dr Asthana (Lakonan Kay Kay Menon), merupakan seorang pakar bedah yang terkenal disebuah hospital bertaraf 7⭐. Dia dianggap sebagai seorang doktor yang sangat sombong dan angkuh kerana kredibiliti dan namanya yang dikenali.

Namun, kerana satu kecuaiannya sehingga meragut nyawa seorang anak kecil, dia sanggup memutar belit kenyataan laporan perubatan anak kecil itu bagi menutup kesalahannya.

Bukan itu sahaja, dia juga dengan bangganya memberitahu doktor-doktor praktikal yang “Perubatan bukan tentang kesembuhan dan menyelamatkan nyawa, tetapi juga menjana pendapatan! Siapa yang akan bayar bil hospital kalau tiada yang mampu membayarnya?? Sudah tentu orang kaya kan!!” – Begitulah kata-katanya yang penuh dengan keangkuhan dan tidak berasa bersalah langsung!

Bukan setakat itu sahaja….Bukan main hebat

lagi dia menyamakan dirinya seperti TUHAN‼️” I AM A GOD”‼️ Sambil dia menjerit! Hisshhh bercampur-baur emosi sis ketika ini! Memang memberi kesan betul lakonan Kay Kay Menon sebagai Dr.Asthana disini! PADU!!

2x sis tonton filem ini namun airmata masih tetap bergenang kerana sis juga seorang ibu..tidak dapat sis bayangkan jika sis yang berada di tempatnya ketika itu.
Filem yang WAJIB dan selayaknya ditonton apatah lagi ia berdasarkan dari peristiwa sebenar. Penuh emosi, sedih, pilu, menyayat hati!

Terutama di babakΒ² antara si ibu dan anak lelakinya yang dah tidak bernyawa lagi…babak-babak dimana salah seorang doktor junior mendapati ada kejanggalan dengan laporan perubatan Dr.Asthana itu..dan macamΒ² plot yang boleh dikatakan sangatΒ² menggugat emosi kita lagiΒ² yang bergelar makΒ² ni..sediakan tisu je la ye!πŸ₯Ί
Apa yang sis boleh katakan, kisah penceritaan dan skrip digarap dengan baik sekali sehingga mampu mencengkam perasaan kita sebagai penonton walaupun untuk 30 minit pertama jalan penceritaannya agak bermelodrama.

Kisah ini juga memberi pengajaran kepada semua insan yang berada di bidang perubatan ini, wajib dan mesti bersikap jujur dalam setiap tindakan kita kerana ini melibatkan nyawa manusia.

Apapun, cukup mengagumkan dan rasa hormat sangat kepada doktor intern dalam filem ini yang tidak “menegakkan benang yang basah” sehingga sanggup mempertaruhkan masa depan kerjayanya mereka..semua demi kebenaran!

Kredit: Aireen Effinde

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top