Filem ini mengisahkan mengenai Edward yang tiba-tiba meletak jawatan untuk melakukan kerja amal di Africa.
.
Untuk meraikan pemergiannya, ibunya, Patricia serta adiknya, Cynthia memutuskan untuk bercuti beberapa hari sambil menganjurkan majlis perpisahan di teratak milik keluarga mereka di pulau Tresco dalam kepulauan Scilly di Cornwall, England.
.
Namun, Edward dilarang dari menjemput teman wanitanya, Chloe dari turut sama mengikuti percutian itu kerana ia hanya untuk keluarga mereka.
Di pulau itu, Patricia mengupah Christopher, seorang pelukis tempatan untuk mengajarnya melukis pemandangan di situ. Seorang tukang masak, Rose juga diupah untuk memasak sepanjang percutian mereka.
Edward menjalinkan hubungan mesra bersama Rose yang tidak disenangi oleh Cynthia.
Edward mengesyaki ibu dan adiknya mahu memujuknya untuk melupakan niat ke Africa sepanjang tempoh bersama dalam percutian itu. Ini menimbulkan ketegangan di antara dia dan ahli-ahli keluarganya lebih-lebih lagi apabila Cynthia semakin memberi layanan buruk kepada Rose kerana beliau dianggap orang gaji.
.
Tidak tahan dengan keluarga Edward yang sentiasa berperang mulut, suatu hari Rose memutuskan untuk meninggalkan mereka sahaja.
Dibintangi oleh bintang utama Loki.
#munyawayang
Be the first to leave a review.