Army of Shadows (1969)

Army of Shadows (1969)


Adaptasi dari novel Joseph Kessel yang ditulis pada 1943 bertajuk “L’armée des ombres” yang mempunyai maksud sama dengan tajuk filem. Filem ni lansung tak memaparkan aksi peperangan. Jauh sekali kita akan mendengar siri letupan mahupun kesan khas.Berlatar belakang Perancis pada 1942, di bawah penjajahan Jerman. Philippe Gerbier, seorang civil engineer yang juga komandan French Resistance.

Ditahan di sebuah concerntration camp Perancis. Dia berjaya melarikan diri, dan bergabung kembali dengan jaringannya di Marseille, di mana dia kemudiannya dikhianati

.
Filem ini memperlihatkan bagaimana kehidupan dalam ketahanan, kesunyian dan ketakutan anggotanya, hubungan mereka antara satu sama lain, ancaman penangkapan berterusan oleh Gestapo, struktur perintah French Resistance dan cara perintahnya dijalankan.

Filem ini sebenarnya berkisarkan peperangan di dalam pemikiran ahli French Resistance. Mereka melakukan penyamaran, pengintipan serta pergerakan luar radar semasa Perang Dunia Pertama. Ramai yang mati disebabkan identiti yang salah. Ahli kumpulan yang jadi pengkhianat perlu dibunuh.

Bukan sebuah filem dramatik bak filem Hollywood. Ia berkenaan antara hidup dan mati serta keperluan membuat keputusan yang tepat.

Intro filem ini agak menarik. Sekumpulan tentera Jerman berkawad dari hujung Champs-Élysées dengan monumen Arc de Triomphe menjadi frame kepada scene tersebut. Babak yang agak mustahil dirakamkan dengan pakaian seragam tentera Jerman berlatarbelakang Paris melainkan zaman sekarang menggunakan green screen.

.
Tetapi, filem ni agak perlahan. Perlu sabar untuk ikuti setiap babak sepanjang 2 jam ++. Perlu diingat, style pengarahan kebanyakan pengarah Eropah terutama dari Perancis dan Itali memang sangat sinonim dengan gaya melodrama nya. Tak kisah lah apa genre filem sekalipun.

Mungkin sesetengah penonton akan rasa bosan sebab filem ni lambat warm up atau kelihatan hambar. Tambahan pula dibarisi pelakon berusia. Tetapi, boleh dikatakan sinematografi filem ni agak superb ketika era tersebut. Tak perlu babak tikam menikam, tembak menembak untuk menggambarkan babak intense.

Cukup sekadar fedora hat di atas jalan atau muka yang sudah lebam birat. Ada beberapa shot menarik di dalam filem ini menyelamatkan filem ini untuk terus ditonton.

.
Peranan watak wanita tidak banyak dalam filem ni. Sekadar menonjolkan watak feminist bagi mengimbangi watak yang ada.
Lighting filem ni banyak menggunakan natural light. So, penonton banyak melihat babak yang kelam atau sekadar silhouette pelakon.

Sekiranya anda pernah tonton filem Casablanca (1942), kemungkinan anda tidak mempunyai masalah untuk memahami latar sejarah & politik ketika era tersebut.


Filem ini hanya dapat ditayangkan di Amerika pada 2006.

Kredit: Fairul Fawwaz

Genre : #War/#Thriller
Bahasa : #French
Ratings :
Rotten Tomatoes : 97%
IMDb : 8.2/10
Slant Magazine : 4/4

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top