Filem ini mengisahkan mengenai Aria Wolf, seorang gadis pejuang alam sekitar yang terjaga di dalam sebuah lif berteknologi tinggi di dalam sebuah bangunan pintar 120 tingkat di Shanghai, China.
Aria bangun tanpa sebarang ingatan bagaimana dia boleh berada di dalam lif tersebut.
Penculik-penculiknya menderanya dengan bermain dengan lif tersebut. Mereka membuatnya turun dan naik dengan kelajuan yang amat deras.
Namun mereka tidak sempat memeriksa Aria dengan teliti dan tidak menyedari Aria mempunyai telefon bimbit bersamanya.
Aria menghubungi ibunya untuk mendapat bantuan tetapi mendengar beliau dibunuh dengan kejam di hujung talian.
Penculik-penculik itu mendedahkan diri mereka melalui skrin TV di dinding lif. Mereka telah menangkap ayahnya, Richard, dan sedang menyiksanya.
Richard merupakan ejen CIA yang telah menyembunyikan seseorang yang penting dari mereka.
Tekanan psikologi yang dialaminya menyebabkan Aria mula mengimbau zaman kanak-kanaknya di mana dia menyedari dia mempunyai satu kebolehan luarbiasa yang cuba disembunyikan sedaya-upaya oleh ayahnya dari penculik-penculik mereka.
.
Apakah kebolehan Aria itu dan dapatkah beliau melepaskan diri dari lif tersebut?
Kredit: Collin Munya
Ps: layan gaiss
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}