1-Ni juga antara salah satu movie favourite aku..1st time tengok 1 dekad yang lalu tapi movie ni keluar pada tahun 2007.
2-Ending cerita ni agak sadis..atonement bermaksud tindakan sesorang tu yang cuba memperbetulkan tindakan salahnya pada masa lalu..
SPOILER ALERT..sebab ni cerita lama..nak cari pun mungkin payah juga jadi aku taip sinopsis cerita ni lebih kurang.
3-Briony ada kakak nama Cecilia..dan watak ketiga nama Robbie anak orang gaji mereka kalau x silap..
4-Briony suka kat Robbie tapi Robbie suka kat Cecilia..satu hari Robbie suruh Briony hantar surat kat Cecilia tapi surat tersebut mengandungi unsur 18⬆️..Briony baca dan memberitahu sepupunya Lola(watak keempat),Lola bagitau yang Robbie ni s maniac..
5- Cecilia suka kat Robbie juga jadi macam biasa kalau movie mat salleh ada unsur 18⬆️ berlaku kalu tak silap kat library rumah mereka..Briony ternampak lalu menyangka yang Robbie ehem ehem kakaknya..
6-Lola datang ke rumah mereka dan hilang pada malam tu..semua orang cari Lola..Briony jumpa Lola dalam hutan dalam keadaan seperti di ehem ehem tapi lelaki tersebut melarikan diri..
7-Briony tuduh Robbie ehem ehem Lola sebab menyangka Robbie betul2 s maniac..Robbie kena tangkap dan dipenjara.
8-Beberapa tahun kemudian semasa perang dunia kedua Robbie dibebaskan dengan syarat kena join army..dia bergerak menuju ke Dunkirk sambil mengingati detiknya bersama Cecilia..dia sampai ke Dunkirk dalam keadaan sakit..
9-Cecilia pula menjadi nurse..Briony tak pergi U sebab nak ikut kakaknya jadi nurse juga..dia berasa bersalah kerana Cecilia tidak memaafkannya kerana menuduh Robbie ehem ehem Lola.
10-Suatu ketika Briony menghadiri majlis perkahwinan sepupunya iaitu Lola..beliau terkejut apabila melihat pengantin lelaki iaitu,Paul Marshall tokey kilang besar yang mengahwini Lola..Briony dengan segera mengingati kejadian puluhan tahun lalu apabila beliau dengan jelas mengingati bahawa Paul yang sebenarnya men ehem ehem Lola dan bukannya Robbie..
11-Briony segera berangkat ke rumah kakaknya..di sana beliau terkejut apabila melihat Robbie dan Cecilia sudah hidup bersama sama..Robbie break down apabila Briony menceritakan kisah tersebut dan mereka meminta Briony memperbetulkan semula tuduhan terhadap Robbie tersebut..namun itu sangat sukar kerana Paul sudah berkahwin dengan Lola..
12-Berpuluh tahun kemudian,Briony telah menjadi seorang penulis novel yang terkemuka..dalam interviewnya ketika beliau mempromosikan novel barunya bertajuk ‘atonement’ beliau memberitahu bahawa babak dalam novelnya di mana Robbie dan Cecilia tinggal bersama hanyalah imaginasinya sahaja..
13-Secara benar,Robbie dan Cecilia tidak pernah bertemu sejak Robbie dipenjara..Robbie meninggal dunia ketika mengikuti peperangan di Dunkirk..manakala Cecilia pula meninggal dunia beberapa bulan kemudian akibat serangan bom..
14-Briony ingin mencipta kegembiraan Robbie dan Cecilia yang dirompak oleh beliau puluhan tahun lalu dalam imaginasinya..scene akhir filem adalah bayangan Robbie dan Cecilia hidup gembira di sebuah rumah menghadap laut yang menjadi impian mereka..
15-Secara personal aku bagi rating 9/10 untuk movie ni..sebab tak banyak movie yang mengangkat tema seperti ini..beberapa hari lepas menonton filem ni pun kita akan masih teringat lagi betapa menyesalnya Briony kerana memfitnah Robbie.
Sekian
Kredit: Hafiz Rani Car Salesman
ps: cita perang dunia kedua ni gaisss, ada sesiapa yg minat movie??? apa komen korang gaisss???
Be the first to leave a review.