AUGUST RUSH (2007)

AUGUST RUSH (2007)

Aku meremang tonton filem ni. Entahlah, aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku sering terlibat dalam aktiviti kokurikulum pelajar, sehingga membuatkan aku jadi teruja menyaksikan budak-budak yang hebat. Ya, murid yang hebat dengan bakat tersendiri. Itu yang aku kagum!
Filem ini mengetengahkan seorang budak yang dikategorikan sebagai “genius muzik!” Genetik yang diturunkan daripada pemain orkestra terkenal dan vokalis Rock, membuatkan terlahirnya genetik genius seperti ini.

.
SINOPSIS

Filem ini mengisahkan tentang seorang penghuni rumah anak yatim bernama Evan yang dianggap pelik oleh semua orang, sehinggakan dia sering dibuli. Mana tidaknya, kepekaannya terhadap bebunyi sekeliling sehingga kelihatan aneh, membuatkan orang kata.. “Amende doh?” 😆
Namun, Evan masih percaya, bahawa dengan muzik, dia pasti dapat bertemu semula dengan ibu dan ayah kandungnya. Dia dapat rasakan itu.
.

Maka, berbekalkan naluri yang kuat, dia pun gigihlah lari dari rumah anak yatim tu sampailah dibawa lori ke NEW YORK! Nah, di sinilah macam-macam terjadi dengan dia sehingga jadi pemuzik jalanan! Disebabkan kehebatannya dalam muzik, ramai orang cuba ambil kesempatan terhadapnya. Namun, siapa sangka dengan muzik juga dia menimbulkan kekaguman orang sehingga dia menjadi kanak-kanak pertama yang conduct orkestra di NEW YORK!

Pergg, serius best part tu!
.

Dan… Tanpa disangka-sangka dia sendiri yang bakal conduct IBU KANDUNGNYA! 😱

😱Apa yang terjadi 11 tahun lalu sehingga Evan berada di rumah anak yatim?
😱Bagaimana ibu kandung Evan dapat mengenali Evan sedangkan dia percaya bahawa anaknya telah lama mati 10 tahun lalu?
😱Bagaimana pula dengan ayah kandung Evan yang tak pernah tahu bahawa wanita yang ditemuinya dulu sebenarnya mengandungkan anaknya?
😱Oh ya, apa kaitan judul August Rush dengan kisah Evan ni?
.

SAKSIKAN SENDIRI!
.

Bagi aku, filem ini bijak menggunakan adegan-adegan berbentuk “kebetulan” yang membuatkan penonton rasa syahdu! Antaranya sewaktu seorang lelaki menabur duit di jalanan tatkala menyaksikan Evan bermain gitar. Lelaki itu begitu kagum melihat Evan tanpa dia menyangka budak itu ialah ANAKNYA SENDIRI!

Bukan itu sahaja, ada macam-macam lagi rangkuman menarik mengenai filem ini yang bijak menyulam gabungan muzik Rock dan Orkestra sambil diselit alunan koir-koir mantap di gereja! 👏👏👏👏
Sekian, terima kasih.
.

Sumber imej: Allied Creative

.
kredit: Fikri Fiq
ps: biasanya musical filem best kan gaisss???

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top