AVAL (2017)

Aval (2017)
     Filem seram yang menampilkan elemen “exorcism”, kerasukan ekstrem, nak tidur malam pun boleh terbayang-bayang.
     Kisah Krishna (Siddarth), seorang doktor bedah dan isterinya Lakshmi (Andrea Jeremiah) yang hidup bahagia disebuah rumah pinggiran bandar. Pasangan ini berusaha untuk memiliki cahayamata. Namun, kehidupan mereka mula terganggu dengan kehadiran jiran baru yang berpindah ke sebuah banglo lama bersebelahan rumah mereka. Anak gadis mereka, Jennifer (Anisha Angelina Viktor) seorang remaja yang bermasalah telah dirasuk.
     Satu upacara menghalau hantu telah diadakan dengan memanggil father dari gereja kejiranan. Ternyata ada sejarah hitam berdarah yang melibatkan rumah tersebut. (Percayalah- babak ini antara scene yang paling menarik untuk ditonton).
Sejak dari itu, mereka mula diganggu oleh entiti ibu dan anak berbangsa cina. Peliknya, gangguan yang berlaku dirumah jiran mula merebak kerumah pasangan ini. Hubungan mereka mula berantakan. Namun, dalam situasi berikut…Lakshmi hamil.
    Sudah pasti ada plot twistnya…ini anda kena tengoklah. Apa kaitan gangguan dirumah jiran dan Krishna. Ibarat rumah jiran yang berhantu, kau pulak tak pasal-pasal naik hantu.
    Saya memang peminat cerita horror kategori Exorcist ni. Elemen-elemen kerasukan macam scene Linda Blair dalam filem Exorcist memang kesukaan saya . Scene tu memang ada dalam filem ni. Lepas ni saya review filem Connect pula…pun ada elemen macam ni. Kalau nak menonton, pastikan anak-anak tidur dulu ye 😅.
Babai 👋
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top