Backtrack

backtrack
Mengisahkan mengenai Peter Bowers, seorang pakar terapi jiwa yang sering diganggu mimpi ngeri dan bayangan menyeramkan setelah kematian anaknya, Evie semasa dia menemaninya menunggang basikalnya di dalam satu kemalangan jalanraya.
 
Pada masa itu, perhatian Peter telah teralih kerana terpandang pameran model keretapi di belakang tingkap sebuah kedai.
Peter berasa sangat bersalah kerana kelekaannya.
 
Isterinya, Carol mengalami kemurungan sehinggakan tidak berdaya untuk meninggalkan bilik tidur mereka.
 
Mentor Peter, Doktor Duncan Stewart mencadangkan Peter mengadakan sesi terapi dengan beberapa pesakit yang disyorkan beliau agar Peter mengisi masanya tidak memikirkan tentang perasaan bersalahnya.
 
Pesakit-pesakit tersebut ialah:
Felix yang menyangkakan dia masih tinggal dalam tahun 80an.
 
Erica yang mahu membunuh diri tapi ada sesuatu yang menghalangnya dari berbuat demikian.
Elizabeth, seorang gadis remaja yang mempunyai fobia mengenai bunyi keretapi yang melalui pejabat Peter.
 
Peter merakam sesi terapinya dengan Elizabeth tetapi apabila dia memainkan rakaman itu semula kepada Duncan, mereka hanya mendengar Peter bercakap.
 
Peter menyiasat mengenai Elizabeth dan terkejut apabila mendapati gadis itu telah meninggal dunia pada tahun 1987, 12 haribulan Julai.
 
Siasatan lanjutnya membawa kepada kejutan yang lebih besar iaitu Felix dan Erica juga telah meninggal dunia pada hari yang sama seperti Elizabeth.
 
Dalam pertemuan semulanya dengan Duncan, Peter bertanya mengapa beliau mengesyorkan pesakit-pesakit tersebut sebelum perasan bahawa hanya bayangannya sahaja yang terimbas di cermin pejabat.
 
Mengapa roh-roh ini menghantui Peter?
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top