Bag of Bones (2011)

Big of Bones
Siri mini ini mengisahkan mengenai Mike Noonan, seorang penulis novel yang sedang menghadiri sesi tanda tangan novel terbarunya di sebuah kedai buku bersama isteri tersayang, Jo.
 
Jo keluar membeli kopi untuk mereka berdua tetapi malangnya, dalam perjalanan kembali, maut dilanggar kereta semasa menyeberangi jalanraya.
Mike terkejut apabila mendapati kit ujian kehamilan di dalam beg tangan Jo.
 
Kesedaran ini mempengaruhi keadaan mental Mike dengan buruk dan ini menyebabkan dia hilang motivasi untuk berkarya.
Hasil galakan dari adiknya, Sid, dia mengambil keputusan untuk bercuti di Dark Score Lake, Maine di New England.
 
Di sana, dia bertemu dengan seorang balu muda, Mattie Devore dan Kyra, anak perempuannya yang berumur 6 tahun.
Ayah ipar Mattie, Max ingin merebut hak penjagaan Kyra kerana masih berdendam dengan Mattie yang telah menembak mati anaknya, Lance, suami Mattie.
 
Ini disebabkan kerana pada suatu hari, Lance tiba-tiba seperti dirasuk dan cuba melemaskan Kyra di dalam tasik berhampiran.
Apabila dia membuat siasatan, Mike mendapati kejadian tersebut mempunyai kaitan rapat dengan kematian seorang penyanyi jazz 1930an, Sara Tidwell di bandar itu.
 
Bukan itu saja, Mike mendapati pemain rekodnya kadang-kadang memainkan lagu-lagu Sara di kala malam menjelang dengan sendiri.
Apakah rahsia sebenar di sebalik kejadian-kejadian seram di bandar Dark Score Lake?
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top