BANDERSNATCH (2018)

BANDERSNATCH 2018
– MindF*%#+€$ dalam Realiti –
 
Bayangkan bila kau sebagai penonton mampu mengawal arah tuju plot & watak utama dalam film ini dari jam pertama hingga terakhir?
Realitinya, YA!! BOLEH! Tapi bagaimana?
 
Film yang berlatarkan tahun 80an ini, mengisahkan tentang budak nerd(Stefan) yang cuba mengadaptasikan sebuah novel kepada video arcade games.
 
Disebabkan kematian ibunya ketika kecil,Stefan kerap mengalami masalah ilusi antara realiti & fantasi hingga menyebabkan beberapa masalah berlaku ketika menghasilkan games tersebut.
 
Mampukah kita sebagai penonton berjaya menjadikan film ini happy ending? Atau menjadi lebih teruk lagi?
 
Cuba try tonton!! Sememangnya MINDBLOW & sangat menarik untuk kita rasai pengalaman menonton film berkonsepkan interactive.
 
Film ini dihasilkan untuk kita berinteraksi dengan watak utama dengan memilih button choise yang disediakan dibawah visual movie tersebut.
Pemilihan itu wajib dilakukan,jika kita mahu mengetahui plot yang akan berlaku seterusnya.
 
Sekiranya kita tidak memilih atau tersalah pilih, plot akan menjadi semakin bercelaru dan mampu Mindf#%%}* minda kita.
 
Untuk menjadikan plot movie ini tersusun rapi dan mudah difahami,jangan sesekali kita salah pilih atau skip choise button tersebut kerana di jam terakhirnya kita terpaksa repeat kembali tontonan untuk plot2 yang kita terlepas pandang. Hahahahah!!
Terasa mindF#%^+% dalam realiti tak?? 😅✌️
 
Jadi, untuk penonton yang ingin merasai pengalaman berinteraksi dengan watak didalam movie? Film ini adalah pilihan paling tepat untuk korang!! Memang mindblow!!!
 
Aku ade skip dua button choise dalam movie ni, ianya menyebabkan aku terlepas pandang plot yang aku rasa itu adalah ending yang lebih baik untuk watak utama. Menyesal! Hahah!!
 
Aku bagi film ini rating tinggi sebab konsep interactivenya memang genius nak mampus! Paling aku suka bila Dr Haynes suruh Stefan exciting kan lagi movie ini, dan aku memilih button window! Hahah!
.
 
Oh last! Film ini dihasilkan KHAS untuk penonton yang ada NETFLIX saja. Sebab system interactive movie ini memang dah sedia adalah dalam Netflix, tak boleh download atau buat apa2.. 😅✌️
 
SELAMAT MENONTON!!
 
Personal rate : 9/10
 
Rotten : otw review katanya 😜
 
P/s : kalau rasa taknak pening kepala layan movie nie, korang jadikan diri sebagai watak utama dah pilih button choise yang logic ikut keadaan emosi si watak utama.. haha! Sebab watak utama tu sakit otak.. so kite pun kena sakit otak jugak kot untuk pilih button2 yang merepek tu hahha! 😂
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top