“Mindblowing GENIUS”
Bayangkan bila kau seorang cleaner, dan menjumpai sebuah bag pakaian berisi wang bernilai 500ribu?
Apa yang menariknya, bag tersebut tidak dituntut hampir berminggu2?
Jadi, apa kau perlu buat? kekal jujur atau jadi kaya?
film ini mengisahkan beberapa watak yang berada di dalam garis masa yang berbeza, iaitu seorang cleaner,pegawai imigresen,ketua mafia,GRO, & Mak ikan.
Beg Louis Vuitton yang berisi wang tersebut akan membawa penonton memahami setiap plot yang disusun oleh director, apakah kaitan mereka semua dan bagaimanakah kisahnya bermula.
Mampukah si cleaner memiliki nasib yang baik, untuk mengunakan wang tersebut bagi menampung kehidupannya yang serba kekurangan?
Bagi aku sekali lagi, film maker korea berjaya ketengahkan idea yang cukup genius selepas movie Parasite.
Film ini memiliki storyline yang simple & agak cliche, seperti mana movie crime thriller yang pernah wujud berkaitan wang yang dijumpai.
Tapi apa yang sangat menarik, adalah cara olahan naratif setiap scene & plot film ini berjaya mengelirukan tontonan, sehingga kita akan terpedaya dimanakah permulaan kisahnya bermula.
Kalau diingatkan kembali, Nolan pernah mengunakan idea yang sama untuk film Dunkirk, bagaimana dia bijak memisahkan garis masa setiap watak dalam movie tersebut hingga mampu mengelirukan penonton.
Jadi, aku rasa tak perlu cerita banyak, takut terspoiler pulak.. kalau korang nak tonton sebuah film bijak & genius nak mampus.. ini pilihan korang.. memang tak terfikir ending dia.. hahah!
Boleh layan di TVN atau Viu.. 



Personal rate : 9.5/10
Rotten : 100/100%
IMDb : 7.1/10
p/s : jawapan dah diberi awal2 movie lagi.. hahah memang jilake tak perasan.. genius director & writer, walapun ini 1st debut filmnya.. Salute!
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}