BEAUTIFUL (2008)
“Bila lelaki terlalu obsess dengan kecantikan…”
Deep, dark, dan creepy kerana kisah ini boleh dikaitkan dengan realiti kehidupan sebenar..tidak mustahil ia juga ada berlaku di sekeliling kita tanpa kita sedar..mungkin bukan kita tapi jiran perempuan kita, adik beradik perempuan kita, sedara mara perempuan kita, kawan² perempuan kita …siapa tahu kan??
Eun-young (dilakonkan Cha Soo-yeon) adalah seorang wanita muda cantik yang kecantikannya telah memberi masalah dan trauma dalam sepanjang cerita ini. Terlalu ramai lelaki yang obsess dengan dia termasuklah teman lelaki kawan perempuan dia dan ini menyebabkan ramai perempuan juga sangat cemburu dengan dia.
Suatu hari, dia hampir menjadi mangsa seksual oleh teman lelaki kawan dia, tanpa pengetahuan Eun-young ketika dia dalam perjalanan balik rumah.. salah seorang stalker dia ikut dia balik ke rumah dan telah memperkosa Eun-young dengan kejam sekali. Selepas perkosa Eun-young, dia salahkan pula Eun-young sebab terlalu cantik dan kecantikannya dia itulah yang menyababkan dia jadi seperti itu.
Sejak itu, Eun-young jadi trauma dan jiwa dia hancur. Dan ini menyebabkan dia berusaha untuk mengubah penampilan dia supaya kelihatan tidak menarik. Mula² dia naikan berat badan dia supaya jadi gemuk lepas tu dia kuruskan pula badan dia tapi tetap masih cantik juga…so dia cuba cara lain dengan mengenakan solekan yang tebal dan pakaian yang menjolok mata..namun semua ini membuatkan jiwa dia makin rosak dan kacau.
Dalam diam² juga… rupanya selama ini dia dah diperhatikan oleh seorang polis Eun-cheol (lakonan Lee Chun-hee) dan dia sangat ambil berat dengan nasib malang Eun-young…namun… lama kelamaan dia juga menjadi obsess dengan kecantikan Eun-young.
Apakah nasib Eun-young akhirnya?
Be the first to leave a review.