Before I Wake (2016)

Before I Wake
Setelah anak mereka, Sean lemas di bilik mandi, sepasang suami-isteri, Jessie dan Mark Hobson memutuskan untuk mengambil seorang anak angkat, Cody Morgan yang berumur lapan tahun.
 
Pada malam pertama di rumah baru, Cody memberitahu ibu barunya mengenai lembaga yang sering diimbas dalam mimpinya, The Canker Man tetapi Jessie meyakinkannya bahawa ia hanya wujud dalam igauannya.
 
Beberapa waktu kemudian, Jessie dan Mark terjaga apabila menyedari ada sesuatu yang bersinar terang di bilik Cody.
 
Apabila mereka masuk ke bilik Cody, mereka terkejut apabila melihat berpuluh-puluh rama-rama bersinar dengan berbagai warna berterbangan di atas Cody yang masih sedang tidur.
 
Mark cuba menangkap satu daripada rama-rama tersebut tetapi mereka tiba-tiba ghaib apabila Cody terbangun.
 
Keesokkannya, sekembalinya dari sekolah, Cody terlihat gambar Sean dan bertanya siapa dia. Mark menceritakan mengenai anaknya kepada Cody.
Cody memberitahu bahawa ibunya juga sudah tiada.
 
Malam itu, risau peristiwa sebelum itu akan berlaku lagi, Jessie dan Mark menjenguk ke bilik Cody untuk melihat keadaannya tetapi dikejutkan dengan kehadiran Sean di depan mereka.
 
Jessie dan Mark cuba memeluk Sean tetapi dia ghaib apabila Cody terjaga.
 
Jessie dan Mark sedar bahawa Cody mempunyai kebolehan luarbiasa untuk menjadikan mimpinya satu realiti.
 
 
 
 
 
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top