Below Zero (2021)

Below Zero (2021)
Martin seorang pengawal yang baru memulakan tugas di sebuah penjara pusat.
 
Pada hari pertama bertugas, Martin diarahkan untuk mengiringi operasi pemindahan banduan-banduan merbahaya yang akan dijalankan pada waktu malam.
 
Apabila trak penjara sedang melalui sebatang jalanraya yang terpencil, tayar-tayarnya tiba-tiba pancit akibat terlanggar jaluran pacak yang diletakkan di atas jalan.
 
Apabila Montesino, pemandu trak itu keluar untuk memeriksa keadaan tayar, dia terkejut melihat dua pegawal penjara yang memandu di hadapan mati ditembak.
 
Dia cuba melarikan diri tapi mati ditembak oleh penembak tepat dari rumpun belukar berhampiran.
 
Martin berlari masuk ke dalam kabin banduan untuk mengelak dari ditembak namun dibelasah oleh para banduan di dalamnya.
Penembak tepat itu, Miguel masuk ke bahagian depan trak dan mengumumkan tuntutannya mahukan satu daripada banduan-banduan tersebut yang bernama Nano.
 
Berang kerana tiada sesiapa pun mahu mendedahkan siapa Nano, Miguel memandu trak itu ke dalam tasik yang telah beku untuk melemaskan semua penghuni yang terperangkap di dalam kabin itu.
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top