BERLIN SYNDROME (2017)

Clare, seorang “backpacker” dan jurufoto freelance dari Australia sedang melakukan tugasan di Berlin. Sewaktu bersiar-siar, dia bertemu dengan Andi, seorang guru bahasa Inggeris berbangsa Jerman. Tertarik dengan rupa paras Andi dan karisma yang dimilikinya, Clare bersetuju untuk bermalam di apartment Andi. Tanpa Clare sedari, Andi merancang sesuatu yang jahat untuknya…

Keesokan harinya, Andi telah mengunci Clare di apartmentnya, dan pergi mengajar seperti biasa. Dia memberi alasan ‘terlupa’!, Clare memaafkan Andi dan selepas berlibur-libur pada malam itu, Clare tidur lagi di apartmen Andi. Esoknya, keadaan masih begitu. Clare dikunci lagi. Apabila Andi pulang dari mengajar, Clare memarahinya. Andi bertindak mengikatnya pada katil… meninggalkan dia terikat sepanjang siang dan melepaskannya pada waktu malam untuk dia membersihkan diri.

Clare sedar yang Andi telah menculiknya. Andi telah mengambil telefon bimbit Clare menghantar mesej kepada ibunya mengatakan dia selamat. Clare menyusun rancangan supaya dia dapat lari. Dia berjaya menikam tangan Andi, berjaya keluar dari apartment itu, cuba meminta tolong dari penghuni yang lain..tetapi pelik, Andi adalah satu-satunya penghuni di apartment itu. Clare jatuh semula ke tangan Andi.

Beberapa cubaan melarikan diri gagal. Akhirnya Clare terpaksa mengalah. Andi mengatakan yang dia mencintai & memiliki Clare. Seharusnya Clare juga begitu. Clare berpura-pura melayani Andi demi nyawanya…

Ternyata Andi ada masalah mental sebenarnya. Ada babak dia berbual dengan ayahnya – rupanya Andi dari kecil telah ditinggalkan ibu. Dia juga punyai teman wanita lain sebelum Clare yang mana disebut bapanya sebagai “again, a tourist!”!..

Pada suatu hari, seorang pelajar Andi datang ke apartmentnya. Pelajar perempuan bernama Franka itu menyukai Andi, tetapi pulang dengan kecewa apabila terlihat Clare di muka pintu.

Tertutup segala peluang untuk melarikan diri, Clare seolah-olah pasrah. Andi pernah meninggalkannya selama seminggu tanpa elektrik dan sedikit makanan menyebabkan Clare kesejukan. Dia membawa pulang seekor anak anjing kononnya hadiah krismas buat Clare, tetapi kemudian membunuhnya kerana cemburu.

Satu persatu peluang Clare untuk melarikan diri gagal…kasihan Clare, terperangkap di tangan manusia mental seperti Andi, di negara asing dengan masalah komunikasi lagi….

Filem ini memberi pengajaran…jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Andi memang tampan, dengan wajah dan gaya yang ‘innocent’ mampu memikat, yang akhirnya menyebabkan diri merana…

Filem ini adaptasi dari sebuah novel, dari “actual event” yang pernah dilalui oleh seorang wanita. Pernah dengar istilah “Stockholm Syndrome”?.. Berlin Syndrome mempunyai maksud yang hampir sama, cuma bezanya tempat kejadian insiden ini adalah di Berlin.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top