Di inpirasi dari kisah sebenar kisah hitam rumah perlindungan anak gadis di Muzaffarpur, Bihar. Anak gadis di sini kebanyakan mereka ialah anak2 yatim.
Di beri dadah, dera, rogol, liwat, malah ada yang dibunuh untuk melindungi kegiatan pemilik dan konco2 nya atau juga jalan singkat jika ada apa2 berlaku pada gadis jagaan mereka.
Berdasarkan satu laporan audit mengenai pusat jagaan itu yang di sisihkan oleh kerajaan. Seorang wartawan perempuan bernama Vaishali Singh bersama jurugambarnya Baskar berusaha mencari bukti dan ingin membawa pemilik pusat jagaan itu Bansi Sahu ke muka pengadilan.
Tetapi bukan mudah Bansi mempunyai nama dikalangan orang kerajaan dan mempunyai hubungan dengan orang tertentu bertaraf menteri. Malah usaha Vaishali juga mendapat tentangan dari keluarga nya sendiri.
Channel portal berita yang diusahakan Vaishali hanya kecil, tidak popular tetapi ia tetap tidak mematahkan semangatnya untuk mencari kebenaran. Maka terhasil satu berita khas untuk kes rumah penjagaan ini yang bertajuk BHAKSHAK.
Personal Rating : 8/10
Be the first to leave a review.