Bhoot: Part One, The Haunted Ship (2020)

bhoot
Filem hindi genre horror ini adalah berdasarkan kisah benar yang berlaku di Mumbai berkaitan kapal mewah MV Wisdom yang ditinggalkan & terdampar di Juju Beach pada tahun 2011. Filem ini dimulakan dengan satu insiden seorang kanak2 perempuan bernama Meera diculik oleh entiti di sebuah kapal mewah semasa sambutan harijadi ke-3.
 
Dalam babak berikutnya, Prithvi seorang pegawai perkapalan berjaya menumpaskan satu sindiket perdagangan manusia. Di sebalik kejayaan itu, fikirannya sering terganggu dengan satu peristiwa hitam yang mengakibatkan kematian isteri & anaknya.
 
Pada suatu hari, Prithvi dan anggota2 syarikat perkapalannya diminta untuk menyiasat sebuah kapal tinggal mewah iaitu MV Wisdom yang muncul entah dari mana & tiba2 terdampar di Juju Beach. Fenomena aneh dilaporkan berlaku kerana ikan2 & kehidupan laut mati di sepanjang laluan kapal ini hanyut.
 
Bermula dari saat Prithvi dan pasukannya melakukan siasatan, fenomena paranormal menghantuinya & hampir meragut nyawanya. Prithvi juga telah menemui satu tape video yang dirakam salah seorang penumpang terdahulu & sedikit sebanyak memberi gambaran tentang apa yang berlaku di atas kapal mewah tersebut.
 
Dalam masa yang sama, satu mayat telah dijumpai di pantai berhampiran kapal tersebut & itu merumitkan progress siasatan. Kelibat hantu budak perempuan sentiasa mengganggu & cuba mengusik Prithvi menggunakan kenangan peristiwa hitamnya.
 
Filem ini mempunyai babak2 jump scare yang agak menakutkan. Olahan filem ini agak bagus tetapi agak menghairankan ia mendapat review rendah daripada para pengkritik. Lain orang, lain citarasanya. Mungkin anda menyukai filem. 7/10 🌟 🌟 🌟
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top