Black (2017)

Black 2017
Siri 18 episod ini mengisahkan mengenai seorang perempuan bernama Kang Ha Ram.
 
Semenjak kecil, Ha Ram mempunyai kebolehan untuk menilik bila seseorang itu akan mati.
 
Ini adalah kerana dia berupaya melihat malaikat ajal iaitu bayangan hitam mengekori orang yang bakal mati ke mana saja sehinggalah waktu kematiannya.
 
Ini telah menyebabkan Ha Ram menjalani kehidupan yang penuh tekanan dan memburukkan hubungan dengan ibu serta kenalannya.
Orang memahami keadaannya hanya ayahnya yang telah menghadiahkan sepasang kaca mata hitam agar Ha Ram tidak dapat melihat bayangan-bayangan malaikat tetapi beliau sudah lama tiada.
 
Suatu malam, semasa Ha Ram bertugas sebagai juruwang di sebuah restoran makanan segera, dia bertemu semula dengan bekas teman lelakinya yang telah meninggalkan Ha Ram setelah dia menilik ajal ibu beliau.
 
Dia melihat bayangan hitam berlegar-legar di belakang bekas teman lelakinya dan cuba untuk menghalangnya daripada meninggalkan restoran tersebut tetapi tidak berjaya.
 
Apabila dia melangkah keluar dari restoran itu, dia tiba-tiba dilanggar trak dan mati.
Kelakuan Ha Ram dari awal itu mendapat perhatian seorang pegawai polis bernama Han Moo Gang tetapi tanpa sebarang bukti, dia tidak dapat berbuat apa-apa.
 
Disebabkan terlalu trauma, Ha Ram memutuskan untuk pergi bercuti di Finland.
Apabila dia mengambil tempat duduknya di dalam kapalterbang, Ha Ram terlelap seketika menyebabkan kaca mata hitam yang dipakainya tercicir ke lantai.
 
Seorang kanak-kanak peremouan mengambilnya lalu memakainya.
 
Apabila Ha Ram terbangun, dia meminta kanak-kanak itu memulangkan kaca mata tersebut kepadanya sebelum menyedari kehadiran ramai malaikat ajal duduk di sisi setiap penumpang di dalam kapalterbang tersebut.
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top