Blackmail (2018)

blackmail (2018)
Dev Kaushal, seorang eksekutif jualan perniagaan tisu tandas yang melalui kehidupan yang membosankan di dalam karier & kehidupannya. Dev suka mencuri foto isteri bosnya untuk ‘memuaskan nafsu’ sebagai hiburan ๐Ÿคช
ย 
Pada suatu hari, Dev pulang ke rumah setelah selesai bekerja. Alangkah terkejut & hiba apabila terlihat isterinya dari celah lubang dinding dapur, Reena sedang ‘berasmara’ bersama seorang lelaki bernama Tommy di atas katil..! Dev mula terfikir untuk membunuh mereka tetapi menukar fikiran dengan memeras ugut Tommy dengan meminta wang apabila memikir beban hutang yang ditanggungnya.
ย 
Tommy menerima mesej ugutan meminta sejumlah wang daripada orang tidak dikenali. Sekiranya permintaan tidak tertunai, rahsia maksiatnya akan didedah kepada isterinya, Dolly yang sememangnya menakutkan. Untuk menyelesaikan masalah, Tommy menipu Dolly kononnya dia ingin menjalankan perniagaan import eksport anjing ke China & memerlukan sejumlah wang untuk urusan perniagaan. Dolly memberikan wang tersebut kepada Tommy tetapi niat ‘penipuan’ itu dihidu ayah mertuanya. Ayah mertua Dolly memberi amaran supaya memulangkan wang yang dipinjam kepada Dolly dalam tempoh seminggu atau Tommy akan ๐Ÿ’€!
ย 
Dalam keadaan terdesak dengan ugutan daripada orang tidak dikenali & ayah mertuanya, Tommy membuat keputusan untuk mengugut Reena pula kononnya untuk membocorkan rahsia ‘asmaradana’ bersama lelaki lain kepada Dev dengan menyamar sebagai ‘anonymous’๐Ÿ˜‚. Reena meminta sejumlah wang daripada Dev kononnya ayahnya akan memulakan pembedahan di hospital. Dengan berat hati, Dev memberikan wang tersebut & mula mengesyaki sesuatu…
ย 
Filem ini penuh dengan ugutan sana sini, bermula dengan ugutan Dev kepada Tommy sehinggalah ‘berjangkit’ kepada rakan2 Dev yang mengugut sejumlah wang daripada Dev apabila mengetahui rahsia perbuatannya. Kegiatan ugutan tersebut menjadi teruk apabila berlaku kematian di kalangan mereka yang terlibat.
ย 
Secara peribadi, ini antara filem hindi terbaik yang boleh ditonton di Amazon Prime Video. Filem ini juga merupakan filem ke-3 terakhir sebelum kematian pelakon utamanya, Irrfan pada tahun 2020. 10/10 ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ ๐ŸŒŸ
ย 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top