BLIND (2022)

BLIND (2022) merupakan siri Korea Jenayah Penyiasatan terbaru bergenre Thriller, Misteri dan Psikologi yang WAJIB ada dalam senarai tontonan anda!

Dari pengarah sama drakor VOICE 4, filem TUNNEL dan CROSS..BLIND pastinya drama yang pasti anda tidak ingin ketepikan! Ditambah dengan pelakon-pelakon yang tidak asing lagi Ok Taec-yeon, Ha Seok-jin, Jeong Eun-ji dan ramai lagi pelakon veteren lain yang terkenal dengan watak sampingan berkesan mereka..memang MANTAP!

Jika anda mencari drama yang seakan-akan MOUSE, VOICE..SILALAH TONTON BLIND! Gila best!! Penuh dengan babak-babak yang suspen, plot yang cukup misteri sehingga kita dibawa turut bersama menjadi โ€œPembantu Detektifโ€!

Pembuka episod pertama sahaja dah cukup thrilling guys! Masuk episod kedua semakin intense! Babak-babak suspen bermula dengan aksi beberapa kanak-kanak yang sedang melarikan diri dari pusat penjagaan anak yatim.

Mereka dikejar dengan anjing sehingga menyebabkan salah seorang dari mereka mati dan yang lain-lain ditangkap semula. Anak-anak ini dipercayai telah diperlakukan seperti hamba dan mereka diperlakukan dengan begitu kejam sekali.

Dibabak lain..satu kes pembunuhan berantai telah menggemparkan seluruh warga Korea apabila seorang wanita dibunuh dengan kejam dan bibirnya dicarik dan dibentuk seperti JOKER yang sedang tersenyum! Ini menjadi trademark si pembunuh misteri itu!

Yang misterinya..wanita yang dibunuh itu adalah anak kepada salah seorang pekerja yang pernah bekerja di pusat asuhan anak yatim berbelas tahun dahulu.

Tatkala Detektif Ryu Soon-joon (Taec-yeon) menyangka yang dia telah menangkap pembunuh yang sebenar dan abangnya pula Ryu Soon-hoon (Ha Seok-jin) seorang hakim menjatuhkan hukuman seumur hidup terhadap pembunuh itu..rupa-rupanya..pembunuh sebenar masih bebas diluar sana!

Setiap episod pasti meninggalkan TWIST yang baru..TWIST dan TWIST! Memang MENCABAR AKAL DAN MINDA kita ok!

Blind mempunyai sebanyak 16 episod kesemuanya.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top