Blood (2009)

Blood The Last Vampire
Saya Otonashi adalah seorang perempuan yang berumur 400 tahun dibesarkan oleh seorang lelaki misteri bernama Kato.
 
Dia dan Kato merupakan ahli sebuah pertubuhan rahsia bernama The Council yang telah menjejak dan memburu pelesit selama berabad.
 
Saya sedang menjejak seorang pelesit bernama Onigen yang telah hidup berkurun lama kerana ingin membalas dendam untuk kematian ayahnya dan menyebabkan ibunya melahirkan dirinya yang separuh manusia dan separuh pelesit.
 
Kato mengarahnya untuk mendaftar sebagai pelajar sekolah menengah di Sekolah Menengah Kanto yang terletak di sebuah pengkalan kapal terbang di Fussa, barat Tokyo.
 
Di sekolah barunya, Saya serta anak jeneral pengkalan tersebut, Alice dibuli dan diejek oleh pelajar kelas mereka, Sharon.
Guru kendo sekolah, Powell menyuruh Alice untuk mengikuti kelas tambahan kerana dia tidak menunjuk kemajuan yang memberangsangkan dalam kendo.
 
Malangnya, Sharon muncul dengan rakannya dan cuba menikam Alice dengan pedang.
Saya menyelamatkan Alice dengan membunuh kedua-dua perempuan itu kerana mendapati mereka ialah pelesit.
 

 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top