Blood and Bone (2009)

Blood and Bone (2009)
Filem ini yang menampilkan aksi beberapa bekas bintang MMA seperti Matt Mullin, Kimbo Slice, Robert Sapp, Maurice Smith dan Gina Carano (Ya. Yang baru dilepaskan dari siri The Mandalorian) mengisahkan mengenai seorang bekas banduan, Isaiah Bone yang berhijrah ke Los Angeles dan menyertai pertandingan pertarungan haram di situ kerana mahu membalas dendam untuk Danny, rakan karibnya semasa di penjara. 
.
 
Danny telah dihukum penjara untuk beberapa pembunuhan yang dilakukan oleh James, ketua kumpulan terbesar penjenayah di Los Angeles.
.
 
James berbuat demikian kerana dia menginginkan isteri Danny, Angela. Setelah Danny dipenjarakan, James mendapati Angela hamil dengan anak Danny dan memaksanya untuk menggugurkan kandungan tersebut. Danny tidak dapat menghabiskan tempoh hukuman penjaranya kerana dibunuh oleh seorang banduan lain di situ.
.
 
Bone mendapat khidmat salah seorang penganjur pertarungan, Pinball untuk mengadakan siri perlawanan dengan beberapa pesaing dalam pertarungan haram tersebut sehingga akhirnya dia berdepan dengan pesaing tajaan James, Hammerman.
.
 
Selepas mengalahkan Hammerman, James menjemput Bone untuk menyertai pertarungan haram antarabangsa yang dianjurkan oleh Franklin McVeigh seorang peniaga senjata api pasaran gelap. James mahu Bone mengalahkan juara bertahan dan orang kuat Franklin iaitu Pretty Boy Price.
.
 
Filem ini memang sesuai untuk Michael Jai White kerana ia mengetengahkan bakatnya sebagai pemegang talipinggang hitam dalam pelbagai seni mempertahankan diri. Peminat pertandingan MMA juga disajikan oleh cameo daripada beberapa bintang ternamanya dalam filem ini.
 
 
Fight!!!!
 
🤛🏻🤛🏻🤛🏻 😊😊😊
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top