Filem ini bermula pada satu malam di sebuah bengkel kereta.
Seorang perempuan dengan muka penuh kesan luka berdiri di sisi mayat seorang lelaki, kepalanya berlumuran darah. Sebatang sepana yang digunakan untuk membelasah lelaki tersebut terletak berhampiran.
Perempuan tersebut, Leigh Tiller, seorang ibu tunggal dan pemilik bersama bengkel tersebut mula-mula membuat keputusan untuk menelefon polis tetapi pada saat terakhir, menukar fikiran dan sebaliknya, membersihkan lantai bengkel yang dibasahi darah lelaki tersebut.
Mayat lelaki tersebut dibungkus dengan gulungan plastik dan dibawa ke sebuah tasik berhampiran di mana Leigh membuang sepana itu ke dalam tasik.
Belum sempat dia membuang mayat tersebut ke dalam tasik, Leigh mendengar bunyi telefon bimbit lelaki tersebut.
Apabila dia menjawabnya, Leigh mendengar suara kanak-kanak bertanya bila ayahnya akan pulang.
Ini menimbulkan rasa bersalah dalam diri Leigh dan sekali lagi, dia bertukar fikirannya.
Mayat lelaki tersebut dibawa pulang.
Leigh pergi mencari tempat tinggal lelaki tersebut dan setelah menemuinya, kembali ke rumahnya untuk menanggalkan bungkusan plastik dan telefon bimbit lelaki itu.
Leigh memandu ke tempat tinggal lelaki itu dan meninggalkan mayatnya di bangsal berhampiran
Dia meninggalkan sekeping nota untuk teman wanita lelaki itu, Dani yang menunjukkan kedudukan mayat lelaki itu.
Namun, dalam keadaan kelam-kabut, Leigh tertinggal rantai lehernya di bangsal tersebut.
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}