Blood Punch (2003)

Blood Punch 2003
Apabila Milton diberkas memproses syabu, dia dihantar ke pusat pemulihan dadah di mana dia bertemu dengan seorang gadis bernama Skyler.
 
Milton jatuh hati kepada Skyler dan setelah dipujuk Skyler, bersetuju untuk melarikan diri bersamanya dari pusat tersebut ke sebuah kabin memproses syabu yang terletak di kawasan terpencil dalam sebuah hutan .
 
Skyler mencadangkan di situ, Milton menghasilkan jumlah syabu yang banyak agar mereka boleh menjualnya dan menjadi kaya-raya.
Malangnya, setiba mereka di situ, seorang lelaki kurang waras bernama Russell menunggu mereka dan mengugut Milton supaya mula menghasilkan dadah tersebut.
 
Sebenarnya, Russell ialah teman lelaki Skyler dan mereka sememangnya telah membuat rancangan agar Skyler memikat dan membawanya ke tempat itu.
 
Setelah Milton menyediakan syabu seperti yang diarahkan, Russell menembaknya mati.
 
Namun, kisah ini tidak berakhir di sini kerana hari tersebut berulang kembali dengan Milton kembali hidup tanpa ingatan peristiwa sebelumnya.
Tanpa diketahui mereka bertiga, kabin tersebut terletak di atas tanah keramat kaum Chacatoy iaitu satu puak penduduk Amerika asli yang mana sesiapa saja yang melakukan pembunuhan ke atas kaum sendiri akan mengulangi kesalahan mereka itu sehingga menemui keinsafan.
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top