Blood Vessel (2019)

blood vessel 2019
Pada akhir Perang Dunia kedua, lewat tahun 1945, sebuah kapal laut membawa bekalan perubatan dan penumpang yang terdiri dari para pesakit, doktor dan jururawat karam diserang oleh peluru torpedo dari sebuah Unterseeboot atau kapal selam perang Jerman di utara Lautan Atlantik.
 
Beberapa orang yang terselamat sempat menaiki satu-satunya bot penyelamat yang masih tinggal.
 
Tanpa makanan atau minuman serta cuaca yang panas terik silih berganti dengan ribut petir, mereka terpaksa mengelak dari kapal perang Jerman yang memburu sesiapa saja yang terselamat dari serangan U-boat.
 
Pada suatu hari, mereka ternampak sebuah kapal pengesan periuk api Jerman yang hanyut di laut tanpa panduan semakin menghampiri bot mereka.
 
Mereka menaiki kapal tersebut dan setelah menjelajah kapal itu, menemui mayat anak-anak kapal dan kepingan-kepingan emas.
 
Tidak lama kemudian, mereka menemui seorang kanak-kanak perempuan bernama Mya yang membawa mereka ke sebuah bilik di kapal itu yang dipenuhi barang-barang peninggalan purba.
 
Setelah mereka menemui beberapa keranda di dalam peti kayu, Mya melarang mereka dari membukanya kerana keranda-keranda tersebut ialah tempat persemadian ibu dan ayahnya.
 
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top