Inspired by a true story. Boston, pada tahun 1962, berlakunya siri pembunuhan kejam, wanita tua yang dijerut sehingga mati menggunakan stokin yang diikat umpama reben di leher. Mereka dibogelkan, didera dan dir*g*l. Apabila 3 lagi mangsa ditemui dengan modus operandi yang serupa, seorang wartawan di Boston Record American, Loretta McLaughlin telah mula menulis dan membuat liputan tentang jenayah itu apabila dia merasakan pihak polis buat endah tak endah saja dengan kes tersebut.
Loretta, seorang wartawan lifestyle, menolak rasism kebiasaan yang wartawan lelaki akan menulis berita jenayah. Dan bukan mudah untuk dia mengorek maklumat dari pihak berwajib kerana dia adalah wanita. Bersama dengan rakannya, Jean Cole mereka meredah lokasi kejadian dan buat muka selamba minta maklumat sehingga terhasillah laporan berita yang benar-benar lengkap tentang si Pencekik Boston atau BOSTON STRANGLER yang pojokan itu datangnya dari Loretta sendiri. Setelah itu, mereka dihujani oleh surat dari peminat wanita yang menyuarakan kegelisahan dan tanda terima kasih atas keprihatinan mereka berdua mendedahkan pembunuhan ini.
Tetapi, si Boston Strangler mula merubah corak pembunuhannya. Dari mangsanya, wanita tua, ke wanita muda pula. Dengan 6 siri kejadian ditemui lagi.Loretta juga menemui satu kes yang sama di New York sebelum tarikh penemuan mayat pertama di Boston. Akhirnya seorang lelaki bernama Albert De Salvo ditangkap, dan dia mengakui melakukan 12 pembunuhan dengan menyamar sebagai pekerja pembaikan.
Selesai dah ke kes Boston Strangler ni? tidak!. Loretta dipuji kerana kupasannya yang cukup lengkap mengalahkan polis. Malahan dia turut mendedahkan adanya konspirasi dikalangan penjenayah untuk mengaut duit ‘reward’ dan juga ‘Copycat killer’. The Boston Strangler tidak pernah ditangkap!
Lakonan hebat Keira Knightly sebagai Loretta McLaughlin. Makcik rekemen filem ni ye pada peminat filem berunsur penyiasatan, lebih-lebih lagi kerana based from true story.
Be the first to leave a review.